Tempat Makan Menarik Di Perak : Nasi Bamboo Sungai Klah
Assalamualaikum wbt. Sesekali kita mencelah dengan apa yang menarik di Negeri Perak. Tahun ni kan ke Tahun Melawat Perak. Perak ni luas, banyak daerahnya dan pastinya ada tempat-tempat menarik yang perlu kita terokai. Bukan sahaja tempat penginapan, malah tempat makan juga perlu kita terjah supaya tak terlepas daripada menikmati kelazatan menu tempatan.
Apa Yang Menarik Di Sungkai, Perak
Dulu bila orang bercakap nak ke Sungkai, akak tertanya-tanya...eh kat mana Sungkai tu? Apa yang menarik kat sana? Macam tak best jer. Itu dulu tapi sekarang ni kalau disebut nak ke Sungkai, akak terbayangkan kelazatan makanan dan keseronokan bercuti di kawasan yang jauh daripada hiruk pikuk bandar. Apa yang menarik di Sungkai, Perak? Kalau korang tanya akak apa yang menarik - ada dua sahaja yang akak nak bagitahu. Pertama, ada tempat penginapan berserta kolam air panas untuk korang berehat-rehat iaitu di Felda Residence Hots Spring. Keduanya dah tentulah makanan yang sedap-sedap yang korang boleh nikmati di Nasi Bamboo Sungai Klah. Bab makan memang tak boleh letak tepi.
Nasi Bamboo Sungai Klah
Kalau korang melalui lebuhraya utara selatan, teringin nak singgah makan tengahari tapi tak nak singgah kat RNR korang boleh je masuk mana-mana susur keluar yang ada. Tapi biasanya kita tak tahukan jauh mana perlu kita masuk untuk cari tempat makan yang menarik. Tapi Nasi Bamboo Sungai Klah ni memang sangat dekat dengan susur keluar Sungkai dan sangat mudah untuk cari ( dengan bantuan google maps).
Dah masuk simpang tu memang boleh nampak sign board ni
Akak memang teringin singgah kat sini dah lama dah. Dok simpan ja dalam wishlist sebab selalunya tak berkesempatan. Akhirnya minggu lepas dapat jugak menikmati makanan di sini. Terima kasih en hubby yang memahami minat si isteri.
Kat mana lokasi? Kalau dari utara ke selatan, masuk susur keluar Sungkai. Lepas bayar tol, jalan sedikit dan belok ke kanan. Tak jauh sangat pun dari simpang tu, kalau korang sampai masa peak hour, memang dari jauh dah bersusun kereta tepi jalan. Fuhhhh.....memang ramai orang !!!
Meja susah nak nampak yang kosong. Kami suruh anak-anak booking dulu meja sementara mak ayah beratur beli makanan.
Tapi jangan risau, tempat parking pun ada disediakan tapi terhad jugak lah kalau dah ramai sangat. Kawasan tempat makannya memang sangat besar. Dah macam RNR mini pulak akak tengok. Walaupun sibuk dan ramai orang tapi takdelah bersesak-sesak masa membeli makanan. Semua makanan yang kita nak, kita pergi cari sendiri, tiada pekerja yang datang ambil order. Ada beberapa lokasi atau gerai makanan disediakan. Korang bolehlah pilih mana yang korang nak makan.
Ayam,ikan, kambing bakar . Pilih mana yang berkenan di hati.
Nasi yang dimasak dalam bamboo. Satu bamboo untuk seorang makan.
Antara yang menarik ialah ayam goreng, ayam panggang, sate, lauk berkuah, ulam-ulaman dan semestinya satu lagi yang menjadi tarikan ialah kambing bakar. Fuhh ..berasap-asap tengok. Dah tentulah semuanya akan dimakan bersama nasi bamboo. Nasi yang dibalut dengan daun dan dimasukkan dalam ruas buluh yang agak besar, kemudiannya dikukus. Nasi bamboo ni korang boleh beli nasi sahaja atau nasi set. Kalau korang ambil nasi set, tak perlulah lagi ambil ulam-ulaman sebab dah masuk sekali dalam set tadi.
Nasi yang dah dikeluarkan daripada bamboo tadi. Bau sedap.
Ikan bakar pilihan hari di samping ayam untuk anak-anak dan juga kambing bakar. Ikan bakar ni sedap tau!!
Ni set ulam dan ikan kering. Memang pecah peluh makan. tak toleh kiri kanan dah.
Memang menarik dan memang sedap. Puashati dapat juga merasa makan nasi bamboo ni. Yang pastinya pasti ada ulangannya nanti. Lepas menikmati Nasi Bamboo Sungai Klah, bolehlah bergerak dan berehat pula di Felda Residence Hot Spring. Khabarnya menarik juga dengan suasana jauh daripada kesibukan. Inipun dah masuk dalam wish list akak sekeluarga. Kena isi tabung bagi penuh semula.
Pada yang berminat nak singgah, ni waktu operasi Nasi Bamboo Sg Klah. Setiap hari ada kecuali Jumaat.
2 Comments
Kalau nak lauk best kena datang dalam pukul 11 ke 11.30..
ReplyDeleteMasa nie memang meriah giler..
telan air liur tengok gambar makanan ni semua :Q
ReplyDelete