Bulan-bulan puasa pergi memancing? Tak sempat lagi dik. Kisah seminggu sebelum ramadhan. Selepas selesai menghadiri program hari keluarga ofis akak.  Memang en hubby dah lama sangat dok sebut nak pergi memancing kat bawah jambatan pulau pinang tapi tak berkesempatan. 

Hari keluarga ofis akak diadakan di Tanjung Bungah Pulau Pinang.  Disebabkan program bermula awal pagi sabtu, akak pun bawalah keluarga semua bermalam di sana pada hari Jumaat tu. So sabtu tu takdelah kalut nak bergerak pagi-pagi hari dan yang seronoknya budak-budak ni dapatlah terjun kolam walaupun masa terhad.

Jumaat malam tu asalnya nak ke pantai memancing. Memang dah siap bawa pancing dan umpan. Tak menjadi juga sebab malam tu hujan. Maka bersetujulah kami semua singgah bawah jambatan waktu balik esok.

Dek kepenatan, en hubby sorang jelah yang mulanya campak pancing. Seronok pulak bila tengok dia tarik tali pancing bila umpan mengena.  Walaupun ikan kecil-kecil, nampak keseronokannya.  Anak-anakpun dah naik semangat. Akak dok layan hembusan angin pantai ja la, tak larat rasanya nak memanjat batu-batu tu untuk ke tiang terhampir bawah jambatan tu.  Memang ramai yang memancing bawah jambatan masa-masa cuti ni tambah-tambah dengan keadaan cuaca yang mengizinkan untuk bergerak ke tiang yang di bahagian tengah. Di situ mungkin ikan yang lebih menarik.

aktiviti keluarga, memancing ikan, happy together

Budak-budak ni memang dah lama nak ikut ayah pi memancing, rasa macam seronok. Tapi bila dah kena duduk melengung tunggu ikan menangkap baru diaorang tau nak memancing perlukan kesabaran.

aktiviti keluarga, memancing ikan, happy together

Muka nampak gembira tapi dalam hati punyalah risau sebab esoknya peperiksaan pertengahan tahun akan bermula.


Dah lama jugak teringin ambil gambar bawah jambatan. Dapat gak peluang. Kali terakhir bergambar bawah jambatan ni masa belajar dulu lagi, dah banyak sangat bezanya.


aktiviti keluarga, memancing ikan, happy together

Bila lagi nak bergambar kan? Tapi tak cukup ahli, abang irfan takde. Sebab tulah sementara anak-anak kecil, luangkanlah masa sebanyak-banyaknya dengan anak-anak. Bila mereka dah makin besar, makin kurang kesempatan yang ada.


aktiviti keluarga, memancing ikan, happy together

Selfie tak habis-habis.  

1 Comments

  1. Mungkin ikan di tengah-tengah jambatan lebih besar and pelbagai. Allahu, dah lama tak pergi Pulau Pinang. Teringin sangat nak pi sana.

    ReplyDelete