Penantian 10 Tahun Berakhir Dengan Kejayaan
Assalamualaikum wbt. Tahniah diucapkan kepada jaguh trek negara, Azizulhasni Awang kerana telah berjaya memenangi pingat emas di Kejohanan Trek Dunia Di Hong Kong malam tadi. Azizul adalah salah seorang ahli sukan yang akak sangat suka ikuti sebab beliau mempunyai daya saing dan senangat yang tinggi. Sentiasa berazam untuk berjaya.
*gambar - kredit to Berita Harian online
Melihatkan video semasa pertandingan tersebut yang dikongsikan di media sosial, akak pulak yang tumpang menjerit bila melihat kayuhan beliau di saat-saat akhir perlumbaan . Walaupun beliau mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding dengan peserta lain, itu bukan bermakna beliau tidak mampu memberikan saingan.
Tahniah sekali lagi, moga semangat seperti ini ada pada setiap antara kita yang mahukan kejayaan. Terus berusaha sampai berjaya !
0 Comments