Majlis Bacaan Yasin Di Sekolah Abang
Assalamualaikum wbt. Tahun ni memang tahun agak mencabar buat akak. Ketiga-tiga anak ada exam besar. En hubby pun dah mula sibuk dengan tugasan terkini so banyak urusan di rumah terutama pada hari kerja memang akak kena buat. Sama-sama saling cuba permudahkan urusan yang ada.
Sabtu lepas ada majlis bacaan Yasin di sekolah irfan. Perancangannya kami para ibu bapa cuba adakan majlis begini untuk beberapa kali sebelum anak-anak ke dewan peperiksaan. Oleh kerana sekolah berasrama penuh, apa yang boleh ibu bapa bantu ialah mengingatkan dan menguatkan jiwa anak-anak ini yang mungkin sedikit tertekan dengan suasana pembelajaran mereka.
Bila sesekali dapat bersama-sama dalam majlis begini sedikit sebanyak menambaheratkan juga hubungan para waris sambil bertukar-tukar idea. Memang akak pun dah rasa macam sebahagian daripada sekolah. Jatuh bangunnya anak-anak ini macam jatuh bangunnya anak-anak sendiri. Kadang-kadang berkongsi cerita dengan mereka.
Majlis yang ringkas dengan dikongsi bersama para waris. Akak dan en hubby uruskan bahagian makan. Ada yang uruskan jemputan waris dan ada yang sukarela jadi imam dan mengetuai bacaan. Semuanya dibuat tanpa paksaan, asalkan anak-anak gembira dan sedikit sebanyak rasa tenang untuk terus berjuang.
Terima kasih pada yang sudi berkongsi gambar. Akak letak sini sebagai ingat bersama. Kenduri nasi tomato dengan ayam masak merah. Meriah walaupun cuaca hujan .
1 Comments
semoga anak-anak akak berjaya dengan cemerlang. insyaAllah
ReplyDelete