Assalamualaikum wbt.  Back date punye entry.  Baru dapat seru nak update cerita pasal cuti sekolah baru-baru ni.  Macam biasa, bila cuti sekolah ni, akak pun sibuk jugak menyusun cuti.  Masa ni jelah dapat kumpul ramai-ramai. Tapi kali ni tak cukup korum jugak sebab irfan terlibat dengan kejohanan Kriket MSSM di Negeri Sembilan.

Mak pun ligat la mencari jalan supaya dapat luangkan juga masa dengan semua anak-anak. Jom kita balik Melaka ! Genius kan idea akak! Balik kampung sambil boleh juga jengok irfan di Seremban. Cadangan dipersetujui semua ahli.  Memandangkan cuti sekolah pun hanya seminggu, kenalah plan betul-betul. Amira pun ada kelas tambahan di awal cuti jadi kita gerak hari Rabu. 

Kali ni memang plan elok-elok walaupun last minute sebab tak nak buang masa yang ada.  Bertolak ja 7 pagi sebab nak singgah ambil IC dulu di Pejabat Pendaftaran. Baru nak tukar IC baru. Itupun sebab nak kena buat kad pengenalan untuk amira yang dah menjejak 12 tahun.  En hubby pun  ambil peluang lah tukar IC jugak. Sampai elok pintu pejabat buka, memang takde orang lagi la so urusan pun cepat siap.

Lepas tu barulah menuju ke Selatan. Amboi lama betul akak tak balik kampung ni. Dah skodeng siap-siap jadual perlawanan irfan so bolehlah singgah tengok satu game.  Sampai Seremban isi perut dulu dengan masakan orang minang. 

Dah kenyang moh kita berjemur tepi padang tengok games.  Akak bukannya reti sangat nak kira marking permainan kriket ni tapi faham dah lah sikit-sikit permainan ni.  Terkejut kawan-kawan irfan bila kami sampai. Irfannya rileks aje sebab memang dia dah tahu plan kami.  Pulau Pinang menang suku akhir, layak ke separuh akhir. 


kisah cuti sekolah, cuti sekolah, aktiviti keluarga, anak-anak


Sampai Melaka dah hampir jam 7pm.  Kali ni akak gunakan promosi percutian mattafair dapat stay harga murah sangat kat Equatorial Melaka.  Sambil bawa sekali ayah bermalam kat situ.  Seronok jugak sesekali bercuti di kampung sendiri.  Jangan kecam akak balik kampung tidur hotel.  Yang ni dah plan dengan keluarga. Budak-budak pun seronok sebab boleh berkubang dalam kolam.

kisah cuti sekolah, cuti sekolah, aktiviti keluarga, anak-anak

Dapat tawaran mattafair daripada EQ ni melalui email saja.  Memang jauh murah daripada tempahan biasa.  Akak selesa kat sini walaupun ada beberapa lagi hotel baru berhampiran. Lokasi juga sesuai sebab walking distance saja kalau korang nak meronda sekitar Bandar Hilir.


kisah cuti sekolah, cuti sekolah, aktiviti keluarga, anak-anak

Berhenti sekejap sebab hari hujan.  Ada atuk nak layan sembang bertambah seronok lah budak- budak ni.


kisah cuti sekolah, cuti sekolah, aktiviti keluarga, anak-anak

Hari kedua hujan daripada awal pagi lagi.  Budak-budak ni sanggup tunggu tepi kolam sampai hujan berhenti.  Akak tunggu kat dalam bilik je la walaupun bercuti tetap jugak kena tengok kerja. Padan muka ambil cuti panjang masa hari kerja.

Malam cari makan asam pedas istimewa kat Melaka ni. Kali ni memang kemaruk makan asam pedas negeri sendiri.  Nanti akak up entry lokasi yang akak terjah.  Esoknya akak ke rumah kakak pun dah request siap-siap nak makan asam pedas.  Selain itu, pesan juga belikan Barkath Roti John Pantai Puteri.  Sedap tau roti john ni, kat Melaka je boleh jumpa roti john ni. Dek kesedapan makan sampai lupa ambil gambar.


Alhamdulillah,walaupun sempat 2 malam sahaja di Melaka, memang dapat gunakan sepenuhnya masa yang ada.  Cuma kali ni tak sempat jumpa kawan-kawan yang ada. Yang ni kita selit pelan masa raya nanti.

Balik kami singgah ambil irfan di Seremban. Alhamdulillah dapat Johan kategori Bowl untuk tahun kedua berturut-turut.  Lepas ni kena slow down lah bab-bab sukan ni sampai selesai SPM.  Destinasi terakhir lepas cukup korum ialah cari makan di Klang Valley pulak.  
Dah lama nak cuba, baru tercapai niat singgah makan di Menate Steak House.  Selama ni dengar dan baca saja komen-komen mereka yang pernah ke sana.  Bila dah sampai dan mencuba baru tahu.  Kalau korang mengikuti jenis dan harga penjualan daging-daging ni, korang akan faham kenapa harga yang dikenakan agak lain daripada kedai-kedai makan yang ada.  Rata-ratanya okay lah, kena pandai pilih dan padankan dengan budget yang korang ada. 


kisah cuti sekolah, cuti sekolah, aktiviti keluarga, anak-anak

kisah cuti sekolah, cuti sekolah, aktiviti keluarga, anak-anak

Selain steak, ini yang kami order. Yang atas tu daging kambing, tak ingat pulak nama menunya tapi sedap jugak.  Order juga pizza untuk anak-anak yang tak makan steak.  Ditambah dengan steak dan speghetti olio.  Air minuman ambil yang free flow saje kecuali kalau korang nak minum yang special sikit bolehlah order.


Sampai rumah dah hampir waktu subuh. Alhamdulillah selamat sampai dan rasa puas sangat percutian yang singkat begini. 


3 Comments

  1. hihi, best kan kalau dapat cuti singkat macam ni, at least boleh release stress sket, teringin IQ bercuti singkat macam ni...tapi tunggu anak besar sikit la jawabnya =)

    ReplyDelete
  2. Sekali sekala bercuti dan berkampung di hotel bersama keluarga pun seronok juga kan

    ReplyDelete
  3. Terliur nampak stik kambing ni.. memang kegemaran saya :D

    ReplyDelete