Bila Streamyx Tak Boleh Guna
Assalamualaikum wbt. Sejak bulan lepas rumah akak mengalami masalah streamyx tak boleh guna. Stress akak sebab kat rumah memang sepenuhnya guna wifi. Anak-anak layan movie guna wifi. Akak update blog guna wifi...data handphone simpan untuk lokasi luar. Tapi bila wifi tak boleh guna, terpaksalah mengorbankan data di mobile. Walaupun semua line mobile yang ada telah diupgrade ke 10G dan 20G tapi rasa macam tak cukup jugak..hahahha...melampau kan! Mujur upgrade package takde pertambahan dalam yuran bulanan dan dapat free data.
Berbalik kisah streamyx tadi, lepas buat report maka dimaklumkan kualiti kabel tempat akak bermasalah. Ok takper, kita minta tukar. Faham situasi mereka, maka bersabarlah tunggu tindakan lanjut. Sementara tu gunalah wifi yang kadang-kadang sendu jugak. Takper asalkan bila nak guna dia ok.
Jenuhkan memanjat satu tiang ke satu tiang. Bukan senang sebenarnya nak memudahkan hati pelanggan. Terima kasih abam TM!
Lepas seminggu, hasilnya bergantilah kabel di sekeliling area rumah akak. Yes! Yes! Yes! Seronok tau! Tak perlu lagi dok pesan....'adik jangan guna data handphone ibu tu, nanti habis. Guna ayah punye..hahhaha" Kejam tak akak?
Korang kalau ada masalah dengan streamyx ni, jangan lambat-lambat buat aduan ke talian 100. In sha Allah ada penyelesaiannya.
#bilalah unifi nak mai tempat akak ni? Nak juga rasa surf internet macam roket.
2 Comments
IQ dulu pernah ada masalah unifi dua minggu, dah ler pakai hypp tv masa tu, langsung duduk bawah tempurung...tukar modem baru ok...plus tukar kabel jugak
ReplyDeleteDunia sekarang makin maju kan, kena ada internet untuk buat segala kerja2.. haha.. kejam juga eh suruh guna data orang lain.. haha #gurau
ReplyDelete