Assalamualaikum wbt.  Suka sangat bila tiba hari Jumaat sebab esok boleh cuti. Ahad pun cuti, tapi bagi akak yang tinggal di negeri yang bekerja hari Ahad, akakpun macam bekerja juga menguruskan anak-anak ke sekolah.  Sabtulah sebenar-benarnya hari cuti bagi kami sekeluarga. Masa yang ada memang digunakan sepenuhnya. 

Dalam meniti usia pertengahan 4 series ni, ada yang berkata...kau dah boleh paln untuk rehat. Tapi mungkin dulu zaman mak mak kita masa usia begini, anak-anak dah besar dah boleh hidup sendiri. Sekarang ni tak ramai yang begitu. Dulu usia seawal selesai SPM dah disuruh mendirikan rumah tangga, maka di usia empat puluh sudah tentu punyai anak-anak yang dah besar-besar. Tapi sekarang, usia pertengahan 20an pun masih ada yang bergelut dengan buku-buku pelajaran. Menginjak 30an baru mencari pasangan hidup, dah tentulah di usia 40an, anak-anak masih sibuk di sekolah rendah atau menengah rendah.  Makanya usia 40an bukan lagi masa yang sesuai untuk declair berehat.

Apalah yang akak ko mengarut ni kan....
Masa awal bekerja dulu, akak pernah suarakan untuk meninggalkan dunia makan gaji di usia 45 tahun - bersara pilihan. Tapi tak kesampaian rupanya.  Menginjak 4 series tempohari, akak dan hubby selepas berbincang akhirnya bersetuju untuk en hubby yang bersara dahulu.  Bukan mudah ye, meninggalkan dunia makan gaji dan mencuba untuk bekerja untuk dapatkan gaji. Kalau makan gaji, kau buat bersungguh sungguh atau tidak, yang pasti hujung bulan, cucuk dinding duit keluar. Tapi bila kau bekerja untuk dapatkan gaji, kau memang kena usaha betul-betul supaya dapat duit yang boleh kau gunakan untuk tampung keluarga. Kami bukanlah nak mengumpul wang sampai jadi jutawan, cukup sekadarnya untuk keluarga dan simpanan untuk anak-anak menyambung pelajaran. 

Awalnya memang agak sukar. Tapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Yang penting kena yakin. Kalau kau yakin boleh, kena usaha supaya jadi boleh.  Sekarang ni bukan masanya memilih kerja yang kita minat sahaja. Kena kerja untuk dapatkan pengalaman.  Samada nak kerja makan gaji atau nak mulakan business sendiri, kena kerja. 

Bagi yang merancang untuk bekerja sendiri, rancanglah betul-betul terutama dari segi simpanan.  Pastikan sekurang-kurangnya simpanan yang ada boleh menampung sekurang-kurangnya setahun dua perbelanjaan keluarga sementara momentum pendapatan keluarga stabil.  Ahli keluarga juga perlu faham situasi kita. Jangan ada nanti yang salah faham dengan pilihan yang kita buat.  Abaikan kata-kata negatif, simpan dan tanam sikap positif.  Susun aturkan budget keluarga sebaik mungkin sebab kita tak tahu apa akan jadi selepas itu. Yang penting yakin dengan rezeki Allah yang datang dalam pelbagai bentuk. Jangan mengeluh dan jangan mudah putus asa....


istiqomah, motivasi diri


Sedikit nasihat untuk dikongsi bersama. Istiqomah dalam setiap tindakan dan muhasabah setiap hari untuk kebaikan .

2 Comments

  1. betul tu kak, zaman dulu2 orang kahwin awal, dapat anak awal, dan bila dah besar, anak macam sebaya je dengan mak ayah...sya sndri, umur 47 nanti anak baru 20 tahun, alahai, sempat ke tidak nak tengok cucu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita dah nak dekat 5 series nanti anak baru masuk 20an.

      Delete