Macam-macam Cerita Hujung Minggu
Assalamualaikum wbt. Baru akak faham betapa berertinya hujung minggu bila suami isteri sepanjang hari kerja penuh dengan jadual kerja masing-masing. Bukan bermakna hari-hari kerja tidak memberi tumpuan pada anak-anak, cuma kurang. Sebelum ini samada akak atau en hubby sentiasa ada bersama-sama dengan anak-anak menguruskan mereka tanpa perlu terkejar ke sana sini. Sekarang ni memang betul-betul berbeza. Semenjak en hubby sibuk dengan dunia masakan dan urusan kantin, masa untuk kami duduk semeja memang sangat terhad. Sebelum anak-anak bangun tidur, si ayah dah berpergian ke tempat kerja. Malam pula, anak-anak dah masuk tidur baru si ayah pulang daripada urusan mengambil barang-barang masakan untuk keesokan harinya. Kalau ada pun, tengahari waktu mengambil anak-anak balik dari sekolah digunakan en hubby untuk berlawak jenaka.
Melihat kepada perubahan jadual harian kami yang agak drastik ini, menyebabkan akak mengatur satu jadual khas hujung minggu bermula daripada Jumaat malam. Kalau nak ikutkan hanya Sabtu sahaja hari kami berkumpul sekiranya en hubby tidak ada tempahan masakan yang perlu disediakan. Sibukkan?
Selasa 28hb Feb yang lepas merupakan tarikh lahir Amira yang ke 12 tahun. Hari kerja dan hari sekolah. Atas permintaan tuan punya diri, kita sambut kemudian. Semalam baru lah sempat memotong kek semasa melawat abang irfan di asrama. Sanggup tunggu jumpa abang baru nak potong kek walaupun kek dah dibeli pada hari sabtu lagi. Alhamdulillah, moga keakraban korang adik beradik kekal sampai bila-bila.
Blueberry cheese cake pilihan hati. Budak-budak ni memang suka makan cheese cake. Bertambah-tambahlah bulat mak dia macam ni!
Sabtu juga satu kejadian tak dijangka berlaku. On the way balik rumah bersama en hubby dan anak-anak, tak disangka tayar kereta pulak pecah. Mujur kami tak apa-apa dan ketika itu kereta tidak dipandu laju. Oleh kerana terjadi atas highway maka hubungi sahaja pihak PLUS untuk bantuan. Seram juga nak tukar tayar di tepi highway tu sebab kenderaan lain semuanya laju-laju. Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Terus kami ke kedai ganti tayar baru. Memang dah sampai masanya cuma akak ingat nak buat hujung bulan nanti. Allah masih sayangkan kami.
Mujur sangat tak jadi masa akak yang memandu. Tapi apaun jangan panik. Kalau berlaku di highway, call saja PLUS Ronda ataupun syarikat insuran yang kita gunakan. Yang penting cuba alihkan kenderaan ke tempat yang lebih selamat. No Pusat Perkhidmatan PLUS tak susah nak cari nombornya, tengok sahaja belakang kad plusmiles Touch N Go korang.
Sesungguhnya seharian masa yang kami peruntukkan untuk anak-anak pada hujung minggu memang sangat bermakna. Dari sependek-pendek cerita sehingga panjang lebar berita keluar dari mulut anak-anak. Syukur sangat-sangat. Anak-anak pun senyum tak lekang di mulut, sesekali dapat keluar rumah beramai-ramai.
Ahad bila kakak-kakak dah ke sekolah, si adik kesunyian. Jenuhlah nak melayan dia bersembang sambil bermain susun-susun mainan penuh di depan tv. Sambil bermain sambil mengacau akak mengemas. Inilah jadinya bila dah teruja dengan vacum ni, tak bagi orang lain pegang, biar dia yang kemaskan.
Paling best, bila en hubby kata hari ni biar dia yang masak. Tu dia, kari kepala ikan. Hmm....favourite kami berdua. En hubby masak kari, akak gorengkan ayam salut tepung untuk anak-anak.
Betul kata orang, gunakanlah walau seminit masa yang ada untuk dinikmati bersama sebab kita tak tahu bila lagi peluang yang ada untuk kita. Kalau ada alhamdulillah. Setiap masa sekarang ni amat berharga.
Ahad bila kakak-kakak dah ke sekolah, si adik kesunyian. Jenuhlah nak melayan dia bersembang sambil bermain susun-susun mainan penuh di depan tv. Sambil bermain sambil mengacau akak mengemas. Inilah jadinya bila dah teruja dengan vacum ni, tak bagi orang lain pegang, biar dia yang kemaskan.
Suka sangat budak ni kalau dapat pegang vacum tu. Boleh lah juga bantu benda yang mudah-mudah.
Paling best, bila en hubby kata hari ni biar dia yang masak. Tu dia, kari kepala ikan. Hmm....favourite kami berdua. En hubby masak kari, akak gorengkan ayam salut tepung untuk anak-anak.
Yummy sangat !!
Betul kata orang, gunakanlah walau seminit masa yang ada untuk dinikmati bersama sebab kita tak tahu bila lagi peluang yang ada untuk kita. Kalau ada alhamdulillah. Setiap masa sekarang ni amat berharga.
2 Comments
fuhhhh kari kepala ikan tu alahaiiii tetiba lapar hehhehe
ReplyDeleteselagi punya waktu bersama, manfaatkan sebaiknya.
ReplyDeletenasib baik akak sekeluarga tak ada apa2. teruk jugak keadaan tayarnya...teringat plak kejadian tayar pecah masa saya dan Arwah suami nak balik ke KL, tengah2 highway jugak..huhu..