Eumora Facial Bar Membantu Anda Dalam Masa 3 Minit sahaja
Assalamualaikum wbt. Inginkan wajah kelihatan cantik berseri? Mestilah nak kan. Tambah-tambah kalau ada produk yang membantu untuk tampak berseri dan ceria. Dengan lambakan macam-macam jenis produk di pasaran, kenalah pandai memilih yang sesuai dengan jenis kulit pengguna. Bila dah jumpa yang serasi, cuba kekalkan dan tengok perubahannya.
Eumora Classic Facial Bar, antara yang menarik untuk dicuba. Eumora merupakan Moor facial bar yang mengandungi HMA (Hydration microalgae factor) dan ianya dirumuskan dengan 100% gred bahan-bahan bertaraf dunia yang diimport dari Eropah. Ianya sesuai untuk kegunaan harian pada semua jenis kulit. Ia juga mampu membersihkan serta melembapkan kulit agar kulit kelihatan lebih cerah dan segar.
Akak dah cuba dan rasai perubahannya. Yang menarik lagi, Eumora membantu merawat kulit muka dengan hanya 3 minit sahaja. Tak perlu guna lebih, cukup 3 minit. Penggunaan berterusan membantu menaikkan seri wajah. 3 minit sahaja....mudahnya...
Kelebihan Menggunakan Eumora Facial Bar
Antara kelebihan menggunakan produk ini ialah :
- Mengurangkan masalah jerawat dan juga pigmentasi
- Mengecilkan liang pori
- Mengawal keseimbangan pH kulit
- Menghalang jangkitan dan pertumbuhan bakteria yang menjadi penyebab penyakit
- Mampu membantu melembapkan kulit muka
Cara Menggunakan Eumora Facial Bar
Gosokkan Eumora Facial Bar pada tapak tangan anda yang basah dan sapukan ke muka sambil gosok perlahan-lahan ke seluruh permukaan. Selepas itu, biarkan selama 3 minit sebelum bilas wajah dengan air bersih. Gunakan berterusan dan rasai perubahan pada kulit wajah anda.
Cara penggunaan yang mudah.
Kalau dulu kulit terasa agak kering, sekarang ini dah semakin melembab. Rasa selesa sangat. Kalau tak percaya boleh cuba. Pada yang berminat dan mahukan info lanjut boleh email ke ask.eumora@gmail.com
1 Comments
dah try eumora ni, best..
ReplyDelete