Pembantu Peribadi Mula Berkhidmat
Assalamualaikum wbt. Memulakan hari pertama bekerja di tahun 2017. Macam-macam benda yang akak kena tengok mulai hari ini. Jadi kenalah buat perancangan supaya blog ini nanti tidak terabai. Akak pun nak bagi rasa excited masuk kerja, dengan bangganya berusaha mencari pemangkin sama macam budak-budak nak masuk sekolah.
Selain daripada membeli beberapa stationery baru untuk kegunaan sendiri, sebuah weekly planner hasil tangan sendiri dah siap untuk menjalankan tugas sepanjang 2017 ini nanti. Wahhhh....semangatkan!
Simple aje planner akak ni. Cari saje template secara online, ada macam-macam jenis.
Akak gunakan ring files saja untuk jadikan ia berbentuk buku. Ada 52 minggu dan asingkan mengikut pelekat seperator yang berwarna warni. Nampaklah menarik sikit.
Dah siap. Kulit depannya gunakan plastik cover yang berwarna. Ada macam-macam warna yang boleh dipilih. Puashati bila dapat disiapkan sepenuhnya. Harap lepas ni plan harian akak akan lebih terancang memandangkan ada satu job tambahan sebagai `tutor' untuk anak-anak akak yang akan berdepan dengan UPSR dan PT3 tahun ini. Mujur abang bersekolah asrama, kalau tidak nak kena ulangkaji SPM sekali. Ada perancangan untuk support abang irfan, harap-harap akak dapat laksanakan.
Ala korang...planner mudah dan simple aje. Biasanya tiap-tiap tahun print kalendar perancangan aje, tahun ni akak upgrade jadi weekly planner. Sesekali kita ubah kebiasaan. Bolehlah semua aktiviti harian, kerja pejabat, kerja-kerja blog dan aktiviti keluarga dapat dirancang dengan lebih baik. Harap-harapnya gitulah.
Jom korang kita mulakan kerja....
0 Comments