Assalamualaikum wbt.  Akak mula menggunakan cerminmata ketika berusia 15 tahun. Sekarang ni lebih selesa dengan menggunakan kanta lekap pakai buang.  Dah lebih daripada 10 tahun berkanta lekap.  Buat masa sekarang hanya Syafiah sahaja yang mengikut akak - rabun jauh.

Si kakak ni suka sangat buka pakai buka pakai cermin matanya walaupun dah dipesan berkali-kali. Nak jadi cerita, akibat ditarik kuat oleh si kecik, spek jatuh, patah dua bingkainya. Haha...memang nak minta ganti sungguh.

Di Kulim, akak dan family lebih selesa membuat pemeriksaan mata di Kristal Optometrist.  Selain daripada layanan mesra alam petugas yang ada, pemeriksaan juga dilakukan dengan teliti dan kita boleh bertanya apa sahaja yang kita tak faham dan penerangan akan diberikan.



optometrist, periksa mata, tempat menarik periksa mata

Tengoklah bingkai yang depan sekali, patah dua tau.  Dahlah nak cari yang sesuai dengan cermin dia punyalah susah.  Banyak yang over budget.  Tapi last sekali jumpa jugaklah yang sesuai dengan muka kakak.

Orang lain punya urusan, orang lain yang dapat habuan.  Masa akak pergi tukar bingkai spek tu, kakak tak ikut sekali. Kami pergi bertiga aje, akak, hubby dan dik wan.  Istimewanya kedai ni, sambil menunggu, korang dijamu dengan simple dessert.  Hari tu ada ice cream dan brownies.  Tiga scoop untuk adik wan.

optometrist, periksa mata, tempat menarik periksa mata


optometrist, periksa mata, tempat menarik periksa mata


Satu scoop untuk ibu berserta sepotong brownies. Ayah pun dapat yang sama.  Maka berlama-lama lah kami menyembang dengan petugas kat situ sambil tunggu giliran solat maghrib.  Memang selesa dan bagus layanan kat sini. Confirm puashati dengan penerangan yang diberi.  Hargapun berpatutan dengan service yang ada.  Jaranglah dengar yang tak puashati.  Moga terus beri perkhidmatan terbaik untuk masyarakat.









0 Comments