Assalamualaikum wbt.  Suka tak makan jagung? Akak suka. Jagung ni macam-macam gaya kita boleh buat antaranya rebus, bakar, kukus, buat bubur atau kuih.  Air jagung pun sedap!  Korang tahu tak yang jagung ni ada pelbagai kebaikan kepada tubuh badan kita.

Kebaikan Jagung Yang Perlu Anda Tahu

1. Memudahkan sistem pencernaan- jagung mempunyai serat yang baik untuk memudahkan sistem pencernaan dan mencegah sembelit, buasir dan mengurangkan risiko usus.

2. Sumber mineral - biji jagung yang berwarna kuning mengandungi mineral yang sangat tinggi. Antaranya seperti magnesium, besi dan fosfor.  Fosfor sangat penting untuk kesihatan dan pertumbuhan tulang serta menjaga fungsi ginjal agar tetap normal.

3. Perawatan kulit - kalau nak awet muda, cuba makan jagung. Ini adalah kerana jagung kaya dengan antioksidan yang membantu menjaga kulit supaya kelihatan muda.  Pati minyak jagung juga dikatakan berguna untuk mengatasi masalah kulit dan ruam.

4. Mencegah anemia - jagung manis kaya dengan vitamin B dan asid folat yang mencegah anemia.

5. Mengawal kolestrol - vitamin C, karatenoid dan bioflavinoid yang terkandung dalam jagung manis menjaga kesihatan jantung dan mengawal kadar kolestrol dan meningkatkan aliran darah dalam tubuh.

6. Baik untuk ibu hamil - jagung menyediakan sumber yang kaya dengan asid folat. Jagung manis baik untuk kesihatan ibu hamil dan bayi. Ianya dikatakan boleh mencegah kekurangan berat badan pada bayi yang baru lahir dan  mengurangkan risiko kecacatan.


kebaikan jagung, jagung manis, jagung sedap, jagung bakar


Hmmm...banyak sebenarnya kebaikan makan jagung ni ye. Akak pun baru tahu. Biasanya kalau buat menu western mesti masukkan jagung bakar atau jagung rebus.  Kegemaran anak-anak juga. 

Tiba-tiba rasa nak makan bubur jagung..........


0 Comments