Kenangan Indah Bercuti Di Kota Bharu
Kenangan Terindah di Hotel Kota Bharu.
Sekarang ni sana sini ramai kawan-kawan yang sibuk
update tempat bercuti mereka. Akak pun ada juga tempat menarik yang dah plan
untuk dilawati. Tambah-tambah dengan anak-anak yang sedang bercuti sekolah
sekarang ni. Korang plan nak bercuti ke mana?
Kalau masih belum tahu ke mana tempat percutian menarik yang korang
perlu pergi, akak nak cadangkan satu tempat ni. Apa kata korang cuba jelajah
bandar Kota Bharu, Kelantan. Akak pernah ke sana beberapa tahun lepas, rasa teringin
juga ke sana lagi kalau berkesempatan. Seperti
yang korang tahu Kota Bharu ni ialah ibu negeri Kelantan dan merupakan bandar
tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ni juga terletak
tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Ada pelbagai perkara menarik untuk
korang explore di sini. Antaranya pasar jualan, tempat bersejarah, tempat makan
best serta unik, pantai untuk lepak dan juga aktiviti membeli-belah di kawasan
bebas cukai di Pengkalan Kubor ataupun Rantau Panjang. Tambahan pula, bandarnya
kini sudah mempunyai banyak kemudahan penginapan yang menarik. Kalau
dibandingkan dengan tahun sebelumnya, hotel di
Kota Bharu ni tumbuh macam cendawan selepas hujan. Sebut saja tempat penginapan
murah, hotel bajet, hotel mahal semuanya ada. Jadi, korang boleh pilih ikut
kemampuan korang.
credit photo : google
Berjalan-jalan di muzium
Pelbagai Pilihan Penginapan di Kota Bharu
Biasanya bila berjalan jauh ni, tempat yang akan
akak survey dulu ialah tempat penginapan yang sesuai dan selesa untuk akak
sekeluarga. Di Kota Bahru, kalau korang mencari tempat penginapan yang
betul-betul selesa dan 5 bintang, hanya ada beberapa saja yang agak menepati
piawaiannya. Contohnya, korang boleh cuba menginap di Hotel Perdana Kota
Bharu. Pastinya ia akan menjadi kenangan yang terindah
untuk korang. Bestnya hotel ni adalah kerana kedudukannya yang strategik di
tengah bandar. Banyak tempat yang korang boleh pergi dengan hanya berjalan kaki
saja dari tempat ni seperti Muzium Kelantan, Bulatan Jam, Kedai Kopi Din Tokyo,
Istana Jahar, Muzium Adat Istiadat Istana Kelantan dan Nasi Ulam Cikgu. Kalau
korang nak tahu, tempat ni mempunyai 272 bilik di mana ia mempunyai 2 wing
serta mempunyai 6 jenis bilik yang besar dan sangat awesome! Permandangan dari
bilik juga sangat cantik boleh nampak Perpustakaan Awam Kelantan, Bazaar Tok
Guru dan sebagainya. Staf di sini juga sangat baik layanannya dan mesra dengan
senyuman. Banyak juga fasiliti yang boleh korang dapat di sini seperti gym,
spa, kolam renang dan business centre.
credit photo : website hotel perdana
Apa Lagi Yang Menarik Di Kota Bharu
Kalau berada di Kota Bharu, adalah tidak lengkap
kalau tak singgah ke salah satu destinasi membeli belah yang sangat popular di
Kota Bharu ialah Pasar Besar Siti Khadijah yang mempunyai pelbagai jenis barang
jualan samada kering atau basah.
credit photo : kelantandarulnaim.weebly
Pasar Besar Siti Khadijah yang tidak pernah sunyi
dengan pelbagai jenis jualan yang menarik terutamanya makanan.
Bagi wanita, kalau korang nak shopping baju raya, telekung sembahyang,
perkakas hantaran perkahwinan, kain ela dan tudung, di sinilah tempat yang
sesuai dan korang pasti akan rambang mata untuk memilihnya sebab kebanyakannya
harga yang ditawarkan oleh mereka memang murah. Bagi korang yang baru pertama
kali datang ke Kota Bharu ni pastikan korang singgah ke Pasar Wakaf Che Yeh
juga tau. Kalau tak singgah ke sini ibarat korang makan nasi tidak berkuah dan
menyanyi tidak beriramalah jawabnya. Rugi habaq hang!!!! Suasana dekat pasar ni
mula meriah di sebelah malam sehinggalah ke pagi esoknya. Jadi, bolehlah korang
lepak dan cuci mata di sini sampai puas.
credit photo : google
Wakaf Che Yeh di waktu malam. Pintu gerbang yang menarik sebagai mercu
tanda pengunjung.
Kota Bharu juga punyai pantai-pantai yang
menarik. Kalau korang jenis yang suka
lepak-lepak dekat pantai bolehlah datang ke Pantai Cahaya Bulan atau dulunya
dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Pantai ni merupakan pantai rekreasi yang
paling hampir dengan bandar Kota Bharu. Ia bukanlah seperti pantai-pantai lain
yang terkenal dengan kawasan peranginan yang mana pengunjung boleh mandi
pantai, bermain jetski dan seumpamanya tapi lebih kepada tempat orang nak
bersantai dan makan-makan di tepi pantai. Kalau korang datang ke Pantai Cahaya
Bulan bersama anak-anak, bolehlah bermain layang-layang yang dijual oleh
peniaga disini. Terdapat juga beberapa resort dan hotel Kota Bharu di sekitar pantai ini serta deretan warung makan dan gerai yang korang
boleh menikmati makanannya sambil merasa angin pantai.
credit phote : come2kelantan
Berehat-rehat di tepi pantai memang menyeronokkan
Pilihan Makanan Yang Membuka Selera
Kalau dah sampai Kota Bharu, jangan lupa mencuba
masakan Kelantan yang sedap-sedap. Walaupun makanan
hotel di Kota Bharu ni juga ada yang menyediakan masakan Kelantan tapi
tetap ada kelainan rasa dengan restoran-restoran yang ada di sekitar bandar ni.
Bagi korang yang bukan orang Kelantan atau tak pernah rasa masakan orang
Kelantan, aku cadangkan korang cuba di Restoran Syakila. Lokasinya berdekatan
dengan Hospital Kota Bharu Medical Centre. Juadah lauk tengahari di sini sangat
banyak tau. Boleh rambang mata juga untuk memilih. Hihi. Restoran Nasi Ulam
juga sangat popular di sini dengan hidangan masakan orang Melayu Kelantan yang
sedap dan panas-panas lagi. Hidangan makanan di sini kalau nak lebih sedap lagi
korang boleh cuba makan dengan budu. Haaa, barulah terangkat sikit rasa dia. Korang kena datang awal, kalau tidak beratur
panjanglah jawapnya.
credit phote : come2kelantan
Restoran Nasi Ulam ini memang sangat terkenal di
Kota Bharu. Pelbagai jenis ulam dan lauk pauk ada di sini. Memang puas makan.
Lepas tu boleh ronda-ronda di Kg Kraftangan yang juga berada d sini.
credit photo : tripAdvisor
Makan dengan nasi
panas-panas lauk begini memang menyelerakan
Tambahan lagi, kalau
korang nak cari keunikkan sarapan di sini sememangnya banyak tempat yang boleh
korang terokai tapi paling unik bagi akak ialah bersarapan di Warung Pokloh
Milo Menunggeng. Banyak juga pilihan sarapan pagi yang disediakan dan semuanya
memang sudah siap dibungkus di dalam plastik. Semua menu popular di Kelantan
boleh dijumpai kat kedai ni. Jadi, korang makanlah puas-puas. Masih banyak lagi
benda yang menarik yang boleh korang rasai di bandar Kota Bharu, Kelantan ni untuk
dijadikan sebagai kenangan terindah dalam hidup korang. Tapi pastikan korang
ada masa yang panjang ya.
Memang tak puas menikmati keistimewaan Kota Bharu kalau sehari dua di
sini. Kena buat perancangan betul-betul supaya perjalanan korang menjadi kenangan
yang terindah untuk korang dan keluarga ataupun kawan-kawan.
1 Comments
Betul tu! kalau nak jelajah satu kelantan ni memang makan minggu kadang2 tu! Selain tempat2 ni semua, saya pun ada share tempat menarik di kelantan tau, kalau nak tengok, link saya letakkan di bawah ya? :D
ReplyDeletehttps://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-kelantan/