Masak Lemak Cili Padi Ikan Sembilang


Hujung-hujung minggu ni, akak nak kongsi lauk menarik yang korang boleh sediakan untuk keluarga tersayang.  Salah satu masakan kampung yang akak suka ialah masak lemak cili padi. Tak kiralah masak lemak cili padi, ayam, daging atau ikan, asalkan nama masak lemak cili padi - memang sentiasa diminati. Tambahan kalau masuk pucuk ubi atau pucuk paku. Haish..boleh meleleh air liur walaupun hanya menyebutnya saja.


masak lemak cili padi ikan sembilang , masak lemak cili padi , masak lemak cili padi negeri sembilan , masakan kampung

Masak lemak cili padi ikan sembilang.  Teringat-ingat lagi ni rasanya.  Makan dengan nasi putih dan telur dadar panas-panas. Letak kuah banyak-banyak. Memang tak nampak orang lain dah.

Malam tadi berkesempatan menyediakan masak lemak cili padi ikan sembilang untuk hidangan keluarga.  Menyediakan bahan-bahan untuk masakan ini, kalau tak pandai agak memang tak berapa menjadi. Atas kelemahan inilah maka akak cari jalan mudah. Beli bahan yang telah disediakan.  Inipun secara kebetulan akak jumpa semasa menghantar barang jualan di kedai Azzain Rawang. Ada beberapa jenama tapi yang menjadi pilihan yang nilah.  Mulanya beli sekotak saja - cuba dulu. Memang sedap!! Jadi bila kali kedua ni, belilah beberapa kotak untuk simpanan sementara menunggu trip berikutnya. 


masak lemak cili padi ikan sembilang , masak lemak cili padi , masak lemak cili padi negeri sembilan , masakan kampung

Inilah rencah segera yang akak gunakan.  Kat mana jual? Akak beli di Az Zain Rawang. Mungkin banyak lagi kedai-kedai halal mart yang jual rencah ni. Kalau jumpa korang cubalah guna. Tapi kalau rajin buat rencah sendiri pun sodap!!!

Rencah ni rasanya lengkap bahan-bahan yang digunakan. Masin, masam, pedas terasa. Kalau korang rasa tak cukup, korang boleh adjust sendiri lepas masukkan santan dan air. Bahan-bahan sampingan lain ikutlah kesesuaian yang korang nak. Akak masak kali ni, akak masukkan timun, tambahan cili padi, bawang besar dan cili merah, ikutlah apa yang ada stok kat rumah. Kalau ada belimbing buluh ni mesti lagi sedap!!

Resepi memang takde sebab akak guna perencah segera.  Memang sedap!! Ini bukan produk review. Sekadar berkongsi. Terutama bagi ibu-ibu bekerja yang kadangkala tak sempat nak berlama-lama di dapur menyediakan hidangan keluarga.


4 Comments

  1. assalamualaikum...cik ash datang blogwalking sini... tak pernah makan ikan sembilang...

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan.. tapi tak pernah agik try ikan sembilang.. Kena cuba ni...

    ReplyDelete
  3. fav ar Ikan Semilang masak asam podeh... Masa Gulai lomak cili api pon sukaaaaa ! tutup mata lah

    ReplyDelete
  4. Sedappp nyaaa....
    Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mialiana.com. Done follow (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed
    ***Bloglist Nov~Dis 2016 by Yana Pink Blossom***

    ReplyDelete