Assalamualaikum wbt.  Akhirnya, juara milik KEDAH.  Tumpang gembira sebab dah berbelas tahun jadi penduduk di negeri Jelapang Padi ini.  Walaupun dalam keadaan berebut channel tv, antara bola dan gegar vaganza, tapi masing-masing setuju bola di tv, GV streaming sahaja. 

Ramai kawan-kawan yang akak kenal sanggup ke stadium Shah Alam memberi sokongan, tambahan cuti sekolah.  Kat rumah ni, akak dan anak-anak menyokong Kedah, si ayah menyokong Selangor. Memang seronoklah bersorak. Walaupun kemenangan melalui jaringan penalty, tapi yang penting KEDAH JUARA!!

Akak suka sangat lagu keramat pasukan bola sepak Kedah ni. Mula sekali dengar lagu ni masa study dulu sebab ramai geng kedah yang jadi kawan rapat. Sampai sekarang boleh ingat lagi liriknya.


kedah juara piala malaysia musim 2016

Tahniah KEDAH!!!


LIRIK LAGU KERAMAT PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

3 Comments

  1. tahniah Kedah. Malam td dh berdoa, biarlah Selangor kalah. Sebab bos kitorang ni kan. Cuti bola memang dia soh dtg kerja gak. Hihihi no point menang. Tapi p kerja,kan?

    Jangan marah warga Selangor dan penyokong Selangor :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah pada kedah.. Berdebau-debau en somi saya tgk semalam.. hahaha..

    ReplyDelete