Jadikan SISTA EASY GO Charge & Data Cable Pilihan Gadget Anda
Sejak aktif semula dalam berblogging ni, macam-macam aksesori gadget yang akak dah kumpul. Antaranya yang paling selalu berganti ialah charger iphone akak. Daripada yang original sampaikan yang serupa original akak dah guna. Boleh bertahan tak lama lepas tu samada hilang ataupun komponen dalamnya putus menyebabkan charger tidak berfungsi. Stress akak bila perlu nak guna segera dan dalam masa yang singkat perlu full bar bateri handphone. Kadang-kadang tu kena berebut dengan en hubby sementara nak ganti yang rosak.
SISTA Easy Go Charge &Data Cable
Pernah dengan tentang SISTA Malaysia?
SISTA merupakan sebuah syarikat yang berasal dari Hong Kong. Mempunyai banyak cawangan antaranya yang terkenal ialah di Shehzhen, China iaitu sebuah bandar yang terkenal dengan penghasilan reka bentuk produk digital dan kerja-kerja pembikinan peralatan digital yang canggih.
Sista Malaysia merupaka salah satu cawangannya yang telah ditubuhkan pada 5 August 2015 dan kini semakin dikenali dengan produk berkualiti tinggi seperti powerbank, data cable, charger, smartphone cover dan pelbagai barangan lain. Produk Sista Malaysia dikatakan setanding dengan produk lain di pasaran.
Kenapa Pilih SISTA Easy Go Charge & Data Cable
Kenapa akak pilih SISTA Easy Go ni? Akak ni memang suka benda yang mudah dan simple, tak menyusahkan. Pemilihan aksesori handphone pula, kalau boleh nak yang mudah dibawa, senang disimpan dan berkualiti. SISTA Easy Go ini tidak panjang, nampak kemas jadi mudah sangat nak simpan. Tak larat dah asyik nak kena tukar dan beli baru. Heavy user kan!!
Lepas diperkenalkan dengan SISTA Easy Go dan mencubanya sebagai charger dan data cable, akak tak ragu-ragu nak suruh korang yang menggunakan gadget IOS mencuba SISTA Easy Go Charge & Data Cable ini.
Kelebihan SISTA Easy Go Charge & Data Cable :
1. Cepat mengecas bateri handphone (2.1A) dan cepat juga transfer data
2. Materialnya : rubber oil `baby skin' dan TPE enviromental technology
3. Hanya 22cm sahaja panjangnya.
4. kepelbagaian warna dan setiap cable ada mix color
5. Flat design dan tidak bergelung atau bersimpul-simpul
6. 118pcs cooper wire, enamelled wire technology
Korang jangan risau. Harga SISTA Easy Go Charge & Data Cable ini memang sangat-sangat mampu milik. Hanya RM29 sahaja untuk memiliki satu charger dan data cable yang mudah dibawa, mudah disimpan.
Untuk maklumat lanjut dan di mana korang boleh beli barangan Sista Malaysia, korang boleh jenguk kat link : https://www.facebook.com/notes/sistamalaysia/where-to-buy-sista-in-malaysia/615504301953037
Korang juga boleh layari : Facebook SistaMalaysia / website Sista
0 Comments