ENCHANTEUR PARIS Meneroka Rahsia Kulit Cantik dan Pesona Diri Yang Memukau
Terokai Rahsia Kulit Cantik Dan Pesona Diri Yang Memukau Dengan ENCHANTEUR PARIS
Dah lama suka dengan rangkaian wangian ENCHANTEUR PARIS ni. Masa remaja lagi suka gunakan losyen dan bedak talkum jenama ni. Sekarang ni dah semakin banyak pilihan untuk peminat pilih sesuai dengan wangian yang disukai.
Sebagai
sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis,
rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR
PARIS juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan
setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari. Keadaan cuaca
negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen
atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk
keyakinan diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.
Ketika
menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran
bebola serta semburan pewangi badan, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya
untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang
tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR
PARIS.
Rangkaian
wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS
boleh didapapti di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:
ENCHANTEUR PARIS Mon Amie
Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon
Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian
yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan.
Wangian Mon Amie yang ringan dan
menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum
Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR
PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum
Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi
yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif
dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. Serlahkan lagi wangian ceria
dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran
Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum
Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist)
ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.
ENCHANTEUR PARIS Belle Amour
Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfume Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang dari 3 agen pencerahan iaitu ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodaran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.
ENCHANTEUR PARIS Adore
Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore
adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban
nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam
mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng
pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara
utama yang amat penting. Losyen Wangian
Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care
Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai
bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore
yang tidak dapat dilupakan. Deodoran
Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum
Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya
memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan
terasa segar. Manakala Semburan Pewangi
Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak
haruman memukau yang menyegarkan.
Akak diberi peluang untuk mencuba produk ini dan yang paling akak suka adalah wangian ENCHANTEUR PARIS Adore. Lembut saja baunya. Sekali sembur, wangian kekal 24 jam. Rasa segar sepanjang hari.
Lokasi Jualan dan Harga Rangkaian Wangian ENCHANTEUR PARIS
Rangkaian
Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS
boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama
ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan
penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau.
Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100
ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml /
300ml). Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70
untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada
harga RM10.10 untuk 100ml sebotol. Rangkaian produk penjagaan peribadi
ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya
besar dan farmasi.
Maklumat Lanjut ENCHANTEUR PARIS
Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari
Facebook rasmi : www.facebook.com/EnchanteurMY
2 Comments
My favourite brand! Suka sgt pakai losyen Enchanteur ni. Sangat sangat wangi bau dia...
ReplyDeleteBtw jemput join giveaway saya! Hadiah Shade Dough [Lip Bait] Hanis Zalikha utk 5 pemenang!
http://www.bajuwarnacoklat.com/2016/10/giveaway-shade-dough-by-hanis-zalikha.html
Bonde suka losyen Belle Amour tu wangi
ReplyDelete