DASHING ADVENTURER Istimewa Untuk Lelaki Aktif Dan Bergaya
Dashing Adventurer
Assalamualaikum wbt. Bila hujung minggu, biasanya aktiviti yang kami lakukan sekeluarga adalah lebih daripada hari-hari biasa. Kalau hari biasa, pergi balik kerja, kemas-kemas rumah sikit. Tapi bila hari cuti ni selain daripada aktiviti di rumah, kadang-kadang kami keluar juga bersukan atau berkebun. Bila dah melasak ni, kenalah cari wangian yang sesuai terutamanya untuk jejaka-jejaka kat rumah akak ni. Baru-baru ini, DASHING telah melancarkan semula koleksi ADVENTURER yang merangkumi deodoran, EDT dan wangian Roll On. Sesuai dengan ciri-ciri semulajadi lelaki yang lasak, pintar dan mempunyai semangat ingin tahu, akak hadiahkan satu set DASHING ADVENTURER pada en hubby dan abang irfan. Adik Wan pun sibuk jugak nak cuba. Pst....pst...sembur sikit-sikit EDT kat badan dia...hmmmmm....wangi katanya!!!
Pelancaran semula koleksi ADVENTURER ini dengan wangian baru yang dirumus khas mampu bertahan lebih lama dan memberikan kesegaran sepanjang hari, terutama pada mereka yang aktif. 2 variasi produk yang dinamakan sebagai BOLD 2.0 dan EDGE 2.0.
BOLD 2.0
Haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik. Sesuai sangat untuk jejaka yang inginkan kembara yang berterusan dan hidup mereka.
EDGE 2.0
Lapisan citron, kupasan lemon dan daun lemon yang penuh kesegaran bergabung dengan haruman ringan yang terbit daripada geranium dan tumbuhan hijau. Nuansa kayu cedar menambahkan sifat 'woody'.
DASHING ADVENTURER ini sangat memahami kehendak dan keperluan lelaki aktif dan bergaya. Memperkenalkan inovasi terbaru dalam rangkaian produk dinamik iaitu deodoran semburan `NO GAS' yang pertama di Malaysia. Semburan `NO GAS' mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol dan boleh bertahan sehingga 2 bulan. Wahh!!! Lama kan!! Bukan sahaja baunya yang wangi malah jimat lagi !! Sebab itulah DASHING sentiasa berada di hadapan dalam inovasi dan sekaligus menunjukkan bahawa DASHING benar-benar mengambil berat akan keperluan dan kehendak pengguna.
Pembungkusan Baru
Pembungkusan baru untuk DASHING ADVENTURER merangkumi pelbagai warna bertenaga dan premium. Pembungkusan yang unik juga disertai dengan reka bentuk sentuhan 3D yang menarik yang akan memberikan rupa dan rasa yang eksklusif untuk pengguna mereka. Permukaan kotak direka bertekstur untuk sentuhan elegan dan eksklusif. EDGE 2.0 direka khas dengan cetakan tayar kenderaan berpacuan 4 roda bagi melambangkan sukan lasak dan aktiviti luar, selaras dengan ciri-ciri seorang pengembara sejati. Reka bentuk BOLD 2.0 pula membangkitkan persona lelaki yang `sedia untuk bergerak' dan suka mendapatkan keseronokan meneroka sesuatu yang baru. Dengan palet warna yang menarik lagi maskulin seperti biru, jingga terang, merah dan hijau, DASHING ADVENTURER membebaskan semangat pengembara dalam diri anda.
Rangkaian DASHING ADVENTURER
Terdapt beberapa rangkaian produk DASHING ADVENTURER di pasaran.
- EDT 50ML - terdapat dalam 2 variasi, EDGE 2.0 dan EXTREME dijual pada RM18.90 termasuk 6% GST
- EDT 100ML - terdapat 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM34.50 termasuk 6% GST
- Semburan deodoran `NO GAS' 150 ml - terdapat 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM18.90 termasuk 6% GST
- Deodoran Roll-Ons 40ml - terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM6.50 termasuk 6% GST
Pelbagai pilihan ada untuk anda mencuba. Apalagi jom dapatkan rangkaian DASHING ADVENTURER di farmasi dan pasaraya berdekatan. Dengan DASHING anda kelihatan lebih hebat menawan!!
2 Comments
anak2 bujang i suka lah benda ni.
ReplyDeletecntik packing dia
ReplyDelete