Aidil Adha Cara Kami
Assalamualaikum wbt. Beberapa hari tanpa entry buatkan mood nak meng `update' hilang. Kalau beberapa hari lepas, macam banyak aje idea, hari ni hilang entah ke mana. Kena rajin bw mencari kembali semangat nak update entry.
Pagi-pagi tadi dapat berita sedih, kawan blogger CAHAYA HAYATI kehilangan ibu yang disayangi. Alfatihah untuk bonda beliau. Moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Berhadapan dengan kehilangan memang menyakitkan, tambahan hilang orang yang disayangi. Hati kena kuat. Kuat untuk diri sendiri dan kuat untuk mereka yang disekeliling. Akak dah lalui semua ni, sampai sekarang bila ingatan itu kembali, mengalir jugak si airmata.
Berkisah tentang Aidil Adha. Tak ke mana kami sekeluarga. Menghabiskan hari mulia di rumah sendiri sambil sama-sama beraktiviti dengan anak-anak. Seronok juga yer!! Malam sebelum menjelang Aidil Adha, en hubby sibuk menunaikan hajat diri membuat sendiri lemang. Siangnya bersungguh-sungguh mencari buluh lemang. Tiba rumah sibuk pula menghidupkan api bersama-sama abang irfan. Bila lagi katanya. Bila ada peluang kenalah ajak dan ajar anak-anak tradisi yang semakin tenggelam dek zaman ni. Jangan nanti tiba generasi akan datang...raya atau tidak sama sahaja. Semua nak guna yang segera-segera.
Pastinya yang paling seronok beraktiviti ni dah tentulah anak-anak. Riang ria Aidil Adha. Dari proses merendam beras pulut, mencari daun pisang, membersihkan batang buluh dan mengisi beras pulut ke dalam batang buluh, anak-anak turut serta. Adik Wan bukan main seronok bermain api. Tapi dengan pengawasan si abang. Si kakak ambil tugas mengemas dapur. Akak dan amira pula ambil alih tugas jadi runner ke kedai mencari barang-barang masakan yang tak cukup. Mujur kedai tak jauh sangat. Amira bertanggungjawap menulis senarai barang yang nak dibeli. Kena ada guideline, takut nanti lain yang tak cukup, lain pulak yang akak tambah beli. Maklumlah orang perempuan, bila masuk kedai, sel-sel ligat berhubung...hehe...
Si kecik ni dengan tak berbaju dok mengadap tempat bakar. Mujur malam, kalau siang, macam-macam benda tersorok ada kat situ.
Kalau orang lain dah lama pandai bakar lemang ni tapi kami baru inilah pertama kali mencuba buat sendiri. Biasanya buat ketupat palas atau pulut dakap aje. Tapi kali ini memang berhajat sungguh bakar lemang sendiri. Itulah en hubby - teman yang rajin mencuba. Oleh kerana, kami dan adik ipar sekeluarga aje yang beraya di Kulim, cukuplah setakat 8 batang lemang yang dibakar. Hasilnya memang 5 starss!!!!
Sesi merasa katanya. Tak menyempat dah nak rasa hasil...
Siap masak, malam tu juga sebatang lemang menjadi korban. Makan bersama kari ayam yang akak masak siang tadi. Memang berebut makan lepas masing-masing nak test hasil cubaan pertama kali.
Walaupun pertama kali buat, alhamdulillah menjadi. Buat dengan kasih sayang lagi. Lepas ni nak makan lemang dah boleh buat sendiri dah, baru puashati.
Alhamdulillah..maka esoknya seharian kami ulang ulang makan lemang dengan juadah berbeza. Pada hari raya pertama sekuali ayam masak merah resepi orang banjar, esoknya pula sekuali masakan daging dendeng. Meriah sangat raya kami, bersantai sambil menonton rancangan tv. Bukan selalu dapat begini.....
Hari ini anak-anak beraktiviti lagi di kebun sambil meneman ayahnya mengambil madu kelulut. Bukan kebun sendiri, kebun kawan-kawan. Tapi akak ada kat opis melayan tugas-tugas yang ditinggalkan. Takpe la janji semua gembira di cuti sekolah ini......
0 Comments