Assalamualaikum wbt.  Baru masuk kerja hari ni. Cuti daripada hari Jumaat lagi. Fuhhh...berlambak kerja nak kena tengok. Dulu-dulu rajin jugak menelaah kerja pejabat kat rumah bila cuti. Tapi sekarang sangatlah minimal kerajinan itu.  Cuba untuk tidak ingatkan kerja langsung. Cuma sesekali tengok group wasap ofis dan email kat smartphone. 

Cuti asalnya ke Sungai Buluh berjumpa dengan kakak ipar yang akan berangkat menunaikan fardhu haji Sabtu nanti. Ada sedikit kenduri doa selamat. Tanpa sengaja, akak ambil amanah untuk sediakan satu lauk untuk kenduri tu. Huhu..tak pernah akak buat masak dalam kuantiti yang banyak. Tapi masak asam pedas melaka aje....alhamdulillah habis. First time jugak buat sambal belacan dalam kuantiti yang banyak...pun habis. Lega akak ooiiiii....

Agak pack juga jadual sebenarnya. Sampai ahad pagi, adik wan punya badan dah mula dedar-dedar nak demam.  Penat sangat bermain ...tambahan cuaca panas kat Sungai Buloh tu. Dah jumpa sepupu sepapat semua bukan boleh larang sangat nak bermain.  Menginjak tengahari badan makin panas ditambah pula dengan batuk dan selsema. Adik Wan nak tahu demam serius atau tidak tengok pada selera makannya, kalau dia tak nak makan tu maknanya badan dia mula tak sihat lah. Kalau demam memang tak mau makan sebab nanti muntah katanya...penat abis keluar semula.


Sunyinya bila dia tak sihat; anak demam

Si manja ni...sebaik abang balik daripada perlawanan kriket MSSM baru ni, asyik berkepit aje dengan si abang sampailah abang balik asrama.  

Hasilnya, mak dia ni terpaksalah cuti semalam. Tak sampai hati nak keluar ke pejabat bila tengok anak tak sihat walaupun si ayah ada kat rumah. Takpa la berkorban cuti sehari lagi. Bila dik Wan demam, rumah akak memang sunyi sangat. Dua hari dah sunyi, takde dengar usik mengusik..takde dengar suara minta makan cepat, minta air. Aduhai anak...cepat sembuh yer.....

3 Comments

  1. Semoga cepat sembuh Dik Wan.. stay strong and be strong ye..

    Selamat Pagi dan semoga ceria2 selalu.. :))

    ReplyDelete
  2. Salam kak Azi!alahai kecian.. get well soon yer dik Wan

    ReplyDelete
  3. betul kak azi...orang kata kalau anak aktif sihat, mengusik, merengek manja biar jela....asalkan dia sihat syukur alhamdulillah

    ReplyDelete