Assalamualaikum wbt.  

Panggilan haji telah tiba lagi. 
Menunaikan ibadah panggilan Baitullah.
.....

Siapa ingat lagu ni.  Sekarang ni dah mulalah kedengaran kan. Sayu je rasa bila dengar lagu ni. Akak lah.....bila agaknya dapat menyahut panggilan rukun Islam yang ke 5 ni. In sha Allah doakan yer. 

Sekarang kalau tak silap dah masuk ke penerbangan yang ke30an.  Lagipun lagi lebih kurang 2 minggu lebih kita akan menyambut Aidil Adha.  Tahun ni ramai juga kawan-kawan yang menerima panggilan ke tanah suci. Termasuk juga kakak ipar dan suami.  Moga mereka tabah memandangkan pelbagai ujian yang datang silih berganti sebelum tiba hari penerbangan mereka.  Harap-harap sihat dan dapat menunaikan rukun haji secukupnya dan dipermudahkan urusan sehingga kembali ke tanahair.

Dulu-dulu, masa kecil-kecil kalau ada ahli keluarga yang ke tanah suci, memang seronok sangat bila diaorang balik sebab mesti dapat gelang mekah sampai ke lengan. Warna hitam, merah dan macam-macam lagi. Seronok tak terkira. Masa tulah dapat peluang ke lapangan terbang dan tengok kapal terbang. Dulu kita boleh hantar jemaah sampai ke airport.  Meriah sangat....yelah ramai adik beradik saudara mara yang nak mengiringi jemaah, macam rombongan. Sekarang ni lebih mudah. Semua jemaah dikumpulkan di satu tempat, tak perlu dah  sanak saudara ke lapangan terbang. 


panggilan haji tiba lagi



Ni koleksi minyak wangi dan atar yang akak dapat daripada rakan-rakan pejabat yang pulang daripada menunaikan umrah. Suka guna pada hari Jumaat dan hari raya, pagi-pagi hari calitkan sedikit di baju. Harum ajer baunya.  Ada juga celak dan inai. Inai, anak-anak dah cop siap-siap pakai masa cuti sekolah. 

Tunggu anak-anak membesar dan boleh berdikari nanti, bolehlah kami pula menunaikan tanggungjawab istimewa ini. Teringin sangat....moga dipanjangkan umur akak dan suami.....




1 Comments

  1. semua teringin g kan, nasib mak timm dh selamat pi dah..lega..

    ReplyDelete