Assalamualaikum wbt.  Masih mood raya? Akak baru hari ni nak mula puasa 6.  Harap-harap sempatlah selesaikan 6 hari bulan syawal ni. Tapi esok dah ada jamuan raya..hehe..
Mood raya dah kurang. Tinggal saki baki sama macam saki baki kuih raya yang ada kat rumah.  Oleh kerana tahun ni pun memang akak tak buat kuih raya, kuih tunjuk pun setakat 2,3 bekas aje, tiba-tiba teringin pulak nak membakar kek. Layan google nak cari resepi yang paling mudah. Akak kan suka resepi-resepi mudah.

Cari punya cari jumpalah resepi kek butter. Nampak simple dan bahan-bahannya pun memang sembilan puluh peratus dah sedia ada kat rumah. Pada masa yang sama jugak akak ternampak lah video zebra kek yang kawan-kawan share kat fb. Pun nampak menarik!! Adik wan kata ..adik nak yang ni!! Nak aje tu, akak tahu dia bukannya suka makan kek.  Maka jumaat hari tu, lepas hantar kakak-kakaknya ke kelas tuition, menyinggahlah akak kat supermarket beli butter dan baking powder, antara bahan yang takde dalam stok kat rumah.

Sabtu pagi lepas selesai kerja rumah, memandangkan hari tu ada jemputan rumah terbuka maka akak pun merajinkan diri membakar kek. Dengan semangat berkobar-kobar tau sebab dah lama sangat tak buat kek.  Dibantu oleh anak dara serba sedikit, terjadilah Kek Marble Butter edisi akak. Mudah sangat!! Tak sampai sehari licin habis sebiji kek. 

Resepi Kek Marble Butter

1 ketul @ 250gm butter - akak guna seketul buttercup
1 1/2 cawan gula castor
4 biji telur gred A
1 penutup ese vanila
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sd kecil baking powder
* tepung dan baking powder ayak 2 kali yer
1 cawan susu segar - akak guna susu sejat, terlupa beli susu
serbuk koko

Guna cawan yang sama. Kalau ada set penyukat, guna yang tu pun boleh.

Pukul butter dan gula sampai gebu putih.  Masukkan telur sebiji demi sebiji.  Pukul sebati, masukkan esen vanila.  Lepas tu masukkan tepung selang seli dengan susu sampai habis. Gunakan kaedah kaup dan balik. 

Akak dah derhaka sikit kat resepi tu, tukar jenis susu. Lepas tu derhaka lagi, akak asingkan beberapa susu adunan dan masukkan serbuk koko. Serbuk koko ni ikutlah kalau banyak yang korang asingkan letakkan lebih serbuk koko dan kacau rata.

Panaskan ketuhar pada 170'. Lenserkan sedikit butter/planta kat bekas kek. Kalau ada kertas minyak/ kertas turas bolehlah lapikkan bekas kek tu agar kek mudah dikeluarkan. Masukkan sesenduk adunan kek dan diselangselikan dengan sesenduk adunan koko tadi. Buat sampai habis. Lepas tu masukkan dalam ketuhar dan bakar selama 35 - 50 minit bergantung pada ketuhar masing-masing. Mulakan dengan api atas dan bawah. Bila dah agak kuning cantik bahagian atas, biarkan api bawah sahaja. 

mudahnya membuat kek marble butter; kek butter; kek marble
Masa masuk dalam bekas ni susah hati takut tak jadi. Tengok warna pun...dalam hati dup dap dup dap...Tapi bila dah siap......

mudahnya membuat kek marble butter; kek butter; kek marble
Tengok...tengok...memang sedap, memang gebu, memang lembut. Tak sabar nak buat lagi.

Resepi ni akak dapat kat fb oleh Sofea Omar.  Terima kasih atas perkongsian, akak ubah sikit-sikit ikut citarasa.  Kek ni memang sedap dan lembut. Siap ada permintaan untuk buat lagi.

En hubby pun dah request suruh buat roti pulak. Alahai..bila la nak terajin tangan menguli doh pulak ni.......

17 Comments

  1. wau, kek butter simple kan, campak2 jer jadi..ngee..

    ReplyDelete
  2. selamat malam, rajin update blog ye..hehe..syira lokman datang intai blog lagi :D yummmyyyy...sedap nampakkk

    ReplyDelete
  3. wah wah kak azi..boleh cuba suatu hari nanti ahaks! kalau rakyat ramai di rumah memang berbaloi buat sendiri kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Bila semua ada kat rumah kenalah rajin mencemar masuk dan dok berlama kat dapor

      Delete
  4. menarik dan nampak sedap....

    Selamat hari Raya kak azi

    ReplyDelete
  5. rajin dia ye.. akak mmg dah tak penah buat cake since a decade kot. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali mood rajin datang..buat apa pun jadi...

      Delete
  6. Saya selalu buat kek ni..rela buat kek lagi dari kena buat biskut..sebab kek ni senang je..sekali bancuh sekali bakar.beza dengan biskut..hehe..kiranya kalau raya memang saya pilih buat kek je ..senang kerja..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..kek paling senang nak buat...tapi kalau tak jadi...sakit hati jugak

      Delete
  7. nanti bleh la cuba akak...

    ReplyDelete
  8. Nampak senang kak. Bahan2 pun tak macam2 sangat. Siqah lemah sikit kalau resepi kaitan dengan oven..tak reti nak bake.. Hehe..

    ReplyDelete
  9. kek yang xkan luput dek zaman.. cewah haaa gitu.. part paling best nak corak tu la.. kadang jadi lawa kadang hehe kerik kerik jadinya..

    ReplyDelete
  10. xpernah lagi bua kek..bila la nak pandai buat ni.. asyik kumpul resepi je..haha

    ReplyDelete