Assalamualaikum wbt.  Entry lambat nak publish. Menjadi tradisi keluarga belah hubby di penghujung ramadhan akan adakan kenduri berbuka secara kecil-kecilan.  Biasanya dibuat di rumah kampung tapi tahun ni since MIL kurang sihat, kami plan buat di tempat yang mudah kami semua nak access.  Akhirnya, en  hubby tawarkan diri untuk uruskan buat di Maahad Tahfiz Al Ansar, Kulim. Secara kebetulan, maahad ini juga di bawah penyelenggaraan kawan lama hubby, mudahlah sikit urusannya. Mudah untuk kami yang memang tinggal berdekatan dan juga untuk adik beradik lain nak datang since adik ipar dan salah seorang abang ipar akak tinggal di utara ni juga. Secara kebetulan MIL pun ada kat rumah kami masa tu.

Untuk pertama kalinya, en hubby kata biarlah dia yang sediakan juadah sebab tak ramai pun budget makan untuk 60 orang sahaja. Menu mudah saja - kurma daging, jelatah dan nasi ala-ala arab. Kami selitkan juga kambing bakar untuk anak-anak tahfiz ini. Akak tambah dengan agar-agar sebagai dessert dan juga buah tamar serta air sirap. Dua tiga hari sebelum dah kumpulkan barang-barang yang perlu. Kenduri kecil-kecilan ni dibuat pada hari jumaat sebelum cuti raya tu. Hari terakhir kerja, akak kena kerja tapi ambil half day sebab tengaharinya boleh terus pergi ambil abang irfan di asrama. Malamnya dah siap kupas bawang dan buat agar-agar semua. So paginya tinggal nak masak kurma dan sebelah petangnya masak nasi dan buat jelatah. Mujur anak-anak dara ada kat rumah bantu ayah memasak. Sambil-sambil anak-anak tolong kemas rumah sikit-sikit. 

Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Al Ansar; kenduri berbuka puasa

Siapkan bahan-bahan daripada pagi lagi. Bawang, halia, tomato,serai, rempah 4 sekawan dan lain-lain lagi untuk masak kurma. Daging potong siap-siap untuk 60 orang makan. Bancuh sekali dengan rempah kurma.


Alhamdulillah selesai masak semua sebelum asar. Lepas asar, kami semua bergerak ke lokasi. Tinggal nak bakar kambing saja lagi. Tiba di sana, sambil mendengar anak-anak tahfiz mengalunkan zikir dan ayat al-quran, kami bersiap-siap menunggu waktu berbuka sambil membakar kambing.  Adik dan abang en hubby dan keluarga dapat turut serta, meriahlah juga dengan budak-budak ni berkejaran sebab dah lama tak jumpa.

Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Al Ansar; kenduri berbuka puasa

Maahad ini merupakan rumah banglo 2 tingkat. Anak-anak yang belajar di sini ada lebih kurang 40 - 50 orang. Pada hari ni, anak-anak sebahagiannya ke masjid untuk berbuka di sana...memang ada tugasan mereka ke masjid. Budak-budak ni bukan main seronok nak bakar kambing.

Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Al Ansar; kenduri berbuka puasa

Ada cadangan untuk perbaiki lagi maahad ni. Baru 2-3 tahun usianya, banyak lagi boleh buat di sini. 

Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Al Ansar; kenduri berbuka puasa

Sebahagian anak-anak yang ada. Sementara tunggu waktu berbuka mereka berzikir dan bermain alat-alat muzik seperti rebana kecil, kompang.

Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Al Ansar; kenduri berbuka puasa

Dah nak dekat waktu berbuka, menu simple, nak hidangkan kejap aje. Akak kan suka yang simple simple...hehe

Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Al Ansar; kenduri berbuka puasa

Makan dalam talam/dulang. Bos kena tengok dulu cukup tak kuantiti hidangan.


Pengalaman untuk anak-anak kami makan bersama dalam talam/dulang.  Lepas berbuka semua, sempat juga bungkuskan untuk anak-anak tahfiz ini bersahur nanti sebab keesokan  harinya mereka nak pulang ke kampung masing-masing menyambut aidil fitri.

Tertunailah sudah hajat MIL dan syukur semua urusan dipermudahkan. Berkesempatan kami untuk laksanakan hajat ini dengan sebaik mungkin.  Lepas selesai di maahad, kami bergegas berkemas dan balik rumah, selesaikan tarawih kat rumah ajer beramai-ramai. Lepas tarawih pakat bersembang lagi sebab sorang lagi abang hubby baru sampai kat rumah. Akak sampai terlelap-lelap. 

7 Comments

  1. alhamdulillah...seronok kan bila bagi orang makan...Sally suka betul kalau gotong royong utk memasak...suka bila org makan masakan kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ...bila ada kesempatan dan budget lebih memang akan buat program-program sebegini.

      Delete
  2. seronoknya dapat happy happy sambil beramal. eyja kalau ke tempat-tempat macam ni, mesti menangis teruk. sebab sebak sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah eyja. seronok tengok anak-anak tahfiz ni

      Delete
  3. Alhamdulillah. Murah rezeki kak zi sekeluarga. Seronok bila dapat buat amal mcm ni.. teruskan beramal. Slmt hari raya maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..syukur atas rezeki yang Allah bagi

      Delete
  4. mudahla budak2 ni belajar ilmu Allah.. murah rezeki akak selalu =)

    ReplyDelete