Assalamualaikum wbt. Dah masuk hari ke 15 berpuasa. Lagu-lagu raya pun dah mula kedengaran. En hubby pun dok layan lagu raya lepas subuh tadi. Bukan main suka nak beraya padahal apapun tak buat lagi. Akak tunggu nak balik kampung ja.

Nak makan apa berbuka nanti ?

Bila dah masuk pertengahan puasa ni dah mula dok garu kepala nak masak apa untuk berbuka nanti. Ada lauk yang dah memang repeat pun. Selera makan pun dah berkurang.  Jualan peniaga pasar ramadhan pun dah semakin kurang tarikannya. Setakat ni baru sekali dua sahaja beli lauk di pasar ramadhan. Itupun bila betul-betul tak berkesempatan nak masak.  Sekarang nipun dah mula fikir...nak makan apa berbuka nanti? Semalam dah goreng sekuali mee hoon goreng, lepas tu akak tambah dengan murtabak dan cucuk udang goreng beli kat pasar ramadhan. Nasi dah tak jalan. Akak rasa ramai jugak adik kakak yang lain sedang memikirkan apa nak makan berbuka nanti.... betul tak?

Belek-belek blog, terperasan hari ini blog akak dok feed blogger hebat bab-bab resepi ni. Siapa lagi kalau bukan adik enyabdullah dari team EFG.  Macam-macam resepi ada. Nak kena rajin godek ajer. Tertarik dengan satu resepi ringkas iaitu Daging Goreng Pedas Korea . Memang peminat kpop sungguh. Mudah ni...makan dengan nasi panas-panas pun boleh jadi bertambah-tambah ni.

Nak lagi...korang kenalah terjah log ENYABDULLAH ni, korang clik saja feed link kat blog akak ni...mudah sangatttt...


Macam-macam Resepi Ada Kat SINI


6 Comments

  1. kalau saya nak naik selera makan bila bukak puasa.. kena ada sambal belacan.. ha.. memang menyelera buka puasa tu.. hehe.. waaa nnti try la buat masakan nk tgk juga rupanya cmner

    Blogwalking Sini, Jom Baca Artikle Review Ini,

    Terbaru Snek Raya Yang Wajib Ada Di Rumah Anda Article

    ReplyDelete
  2. tak boleh bukak blog kak eny siang2 ni. kurus puasa. hehehe

    ReplyDelete
  3. betul tu blog eny macam2 ada heheeh...

    ReplyDelete
  4. menarik ni, boleh jadi rujukan bila kehabisan idea nak masak apa

    ReplyDelete
  5. Betul tu..kadang tu mkn apa yg ada je hehehe

    ReplyDelete
  6. Membuka selera banyak sahur tak berapa mana

    ReplyDelete