Assalamualaikum wbt.  Baru-baru ni hubby tak sihat. Demam dan sakit kepala. Kakak pun dok mengadu gatal-gatal mata. Perubahan cuaca dan mungkin juga perubahan jadual pemakanan seharian semasa bulan puasa ni.  Bila puasa ni akan rasa ragu-ragu juga tentang pengambilan ubat yang sesuai. Kalau boleh tak perlulah sehingga membatalkan puasa atau meninggalkan puasa. Kadang-kadang tu tahu cuma ada juga rasa ragu-ragu. So akak ni mengoogle lah untuk tambah ilmu.

Ubat yang tidak membatalkan puasa

Bukan semua ubat yang diambil akan menyebabkan puasa kita terbatal. Antara yang tidak membatalkan puasa ialah ubat titis mata, semua bentuk suntikan, ubat jenis sapuan krim, ubat kumur - jangan pula sampat tertelan.

Bila dah tahu ubat titis mata boleh digunakan, cepat-cepatlah pergi beli kat farmasi untuk kakak guna.  Kakak ni sensitif sikit, kalau terkena habuk bukan sahaja asyik bersin, kulit dan mata pun jadi gatal-gatal. Kenalah rajin-rajin kemas rumah. 

ketahui pengambilan ubat yang betul semasa bulan puasa
gambar google jer


Selesai hal kakak, cari pulak ubat untuk si ayah. Abang irfan pun dah ada tanda-tanda kurang sihat, so sekali harung la carikan ubat untuk mereka.  Biasanya ubat makan ni mesti ada yang skip terutama yang nak kena makan 3 atau 4 kali sehari. Akak pun cari-cari info, terjumpa cara panduan pengambilan ubat makan semasa bulan puasa. Bagus juga sebagai panduan dan terima kasih pada yang berkongsi.

Panduan jadual pengambilan ubat semasa bulan puasa


Kekerapan ubat
Masa pengambilan
sebelum makan
Selepas makan
Sekali sehari
Sebelum bersahur
Selepas berbuka
2 kali sehari
1. sebelum bersahur
2. selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama.
1. Selepas bersahur
2. Selepas berbuka
3 kali sehari
1. Sebelum bersahur
2. selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
3. sebelum tidur
1. selepas bersahur
2. selepas berbuka
3. sebelum tidur
sumber bahagian farmasi, kementerian kesihatan

Mudahkan bila ada panduan. Mak  mak ni kenalah lebih prihatin bab-bab kesihatan keluarga. Biasanya tak kira siapa yang sakit dalam rumah, mak lah yang kena jaga kan?... Oleh itu sebelum merebah, baik cegah atau kawal dahulu.


0 Comments