Sambutan Hari Ibu

Assalamualaikum wbt.  Walaupun dah terlewat beberapa hari, akak nak up kan juga entry istimewa ini. Bukan ke hari-hari merupakan hari untuk IBU ? Tak salahkan meraikan salah satu daripada hari-hari istimewa seorang ibu dengan cara yang lebih istimewa.

Akak dah tak punya ibu tapi setiap pagi sebelum memulakan tugas, selagi bernafas akan sedekahkan arwah ibu dengan bacaan Al-Fatihah, moga arwah tenang dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Alhamdulillah masih punyai ibu mertua. Tahun ni MIL akak tinggal bersama kakak-kakak ipar di ibukota tapi dah sempat bertemu dua minggu lepas.

Tiada sambutan istimewa pun yang akak sekeluarga buat. Sekadar membuat permintaan istimewa en hubby masakkan lauk kegemaran akak...masak kurma. Sesekali rasa air tangan suami pulak. En Hubby memang terror lah bab-bab masak lauk kenduri ni. Memang bila nak buat jamuan kecil-kecilan kami tak susah hati sebab chef kat rumah pasti akan sediakan juadah terbaik untuk dinikmati.

terima kasih kerana menghargai aku sebagai ibu, selamat hari ibu, raikan ibu anda

Kurma daging. Memang dah minta en hubby buatkan dari minggu lepas lagi. Akhirnya dapat juga. Yang menariknya bila masak kurma ni, kena buat kuah banyak-banyak sebab nanti rebus telur dan masukkan dalam kuahnya pulak. Boleh jadi dua lauk, sesuai bagi yang tidak makan daging.

Hadiah paling istimewa akak terima daripada si kecil,dzakwan. Elok-elok akak balik kerja, kereta baru parking dia dah berlari-lari mengetuk pintu kereta minta segera dibuka.  Kat tangan dah tersedia dua hadiah istimewa , sekuntum bunga carnation dan satu kraftangan yang dibuat di sekolah. Serahan bersama pelukan dan ciuman kat pipi ibu. Wah...melting akak sekejap. Budak kecik ni memang pandai buat mak dia melting sangat!!


terima kasih kerana menghargai aku sebagai ibu, selamat hari ibu, raikan ibu anda

Kraftangan berbentuk dompet menggunakan pinggan kertas. Cantik comel jer walaupun akak tahu cikgu dik wan yang bantu buat. Lepas bagi kat akak terus suh letak duit dalam tu. Malam tu nak keluar gi makan, dia suruh akak bawak dompet tu...hehhe...

Raikanlah Ibu Anda

Meraikan orang yang kita sayang merupakan satu hadiah yang paling berharga untuk yang menerimanya. Sesekali kita berbelanja lebih untuk ibu kita.


Firman Allah SWT :

  ÙˆَÙ‚َضَÙ‰ٰ رَبُّÙƒَ Ø£َÙ„َّا تَعْبُدُÙˆٓا۟ Ø¥ِÙ„َّØ¢ Ø¥ِÙŠَّاهُ ÙˆَبِٱلْÙˆَٰÙ„ِدَÙŠْÙ†ِ Ø¥ِØ­ْسَÙ€ٰÙ†ًا ۚ

 “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23) 



2 Comments

  1. selamat hari ibu to u too..! jadikan semangat arwah ibu sebagai pedoman utk kita sama-sama menjadi ibu yang terbaik. in shaa Allah. 💪💪💪

    ReplyDelete
  2. eheheh CT hadiah mother's day x kasi lagi.. nnt insyallah nak banje mak..

    ReplyDelete