Assalamualaikum wbt.  Seminggu lagi nak puasa. Tak sabar pulak nak tunggu tibanya 1 Ramadhan.  Moga berkesempatan memenuhi ruang-ruang yang ada sepanjang ramadhan nanti. Tambah seronok sebab anak-anak pun dah makin dewasa, macam-macam perkara dah boleh lakukan bersama.

Menu Bulan Puasa

Bagi kaum ibu dah tentu mula terfikir-fikir persediaan menyambut ramadhan, apa menu bulan puasa yang sesuai untuk keluarga. Tambah-tambah bagi ibu yang bekerja macam akak ni.  Semakin rajin jugak la pi jengok-jengok kat mukabuku yang memang hari-hari bersusun kawan-kawan share pelbagai resepi.  Macam biasa akak ni memang cari yang mudah dan senang disediakan dalam jangkamasa yang singkat. Alhamdulillah jugaklah company tempat kerja akak ni dah bagi jadual pulang awal sepanjang Ramadhan nanti. Sempatlah nak memasak asalkan menu bulan puasa dah disusun awal-awal.

Masa ni jugalah ramai yang rajin menjengah blog masakan. Betul tak?...haaa...baik mengaku!! Kalau korang tak percaya cuba tengok popular post akak, semuanya tentang resepi dan masakan. Korang jangan susah hati, resepi yang akak share semua mudah-mudah disediakan.


Susun Atur Menu Bulan Puasa;resepi mudah


Harap-harap bermanfaatlah perkongsian akak ni. Kalau korang nak tengok detail resepinya, cari je kat popular post. Masakan ini juga adalah antara yang popular kat rumah akak. Cubalah yer....

4 Comments

  1. Betul.. Bukan wanita saja, saya yang lelaki pun kadang-kadang 'terjoint' sama melayari blog masakan. Bulan puasa la saya belajar masak macam-macam menu. Saja nak tolong isteri. Lepas raya... hihi... mula liat kembali ke dapur. Tak tau kenapa..

    ReplyDelete
  2. msti dlm kepala dah set nak msk apa..hihi..

    ReplyDelete
  3. wah wahhh banyaknya resepiii. gulp telan air liur sebab nampak resepi pun macam sedap kan hahaha

    ReplyDelete
  4. Blog masakan antara blog yang paling laris setiap kali bulan puasa nie

    ReplyDelete