Jangan Sampai Terlebih Makan
Assalamualaikum wbt. Hari ni akak join program syarikat. Mesyuarat Agung Persatuan Anggota Wanita dan Isteri-isteri anggota atau nama glamernya Tiaranita. Amboi dah dekat 20 tahun bekerja kat sini baru kali ni dengan rajinnya akan turut serta. Pergi pun bukan saja-saja pergi. Nak gi ambil hadiah untuk anak, kalau saja-saja ni kurang sikit, tak mau tersangkut dengan jawatan tambahan....heheh..boleh gitu? Kalau ada mesyuarat mesti ada makan. Tambahan pulak depa buat sambutan hari ibu sekali, memang double joy lah. Makan tak ingat..tapi jangan sampai terlebih makan. Macam-macam boleh jadi nanti...
Lauk sesajer dalam pinggan. Nampak tak nasi?
Tengoklah punya macam-macam ada disediakan untuk makan tengahari. Mujurlah akak ambil nasi sedikit sahaja. Selebihnya dok ratah lauk. Makan sambil sembang-sembang memang tak perasan tau-tau sepinggan dah habis. Masakannya pun boleh tahan. Oleh kerana program sekerat hari maka perlulah pulang semula ke pejabat lepas tu. Masalah kat ofis ni ialah parking. Memang sangat terhad, nasib baik dapat parking dalam compound syarikat, nasib tak baik silalah parking diluar menggunakan kupon. Lupa letak silap haribulan kena saman. So akak pun makan ala kadar aje sebab nak bergegas balik ofis. Mujur dapat parking. Elok buka laptop ni perut rasa tak selesa pulak. Makan banyak kot..hehhe...
Tapi akak tak risau sebab minyak Yu Yee Cap Limau sentiasa jadi penyelamat. Cepat-cepat sapu di perut. Lega....... Sebab itu akak akan pastikan minyak Yu Yee Cap Limau ni sentiasa ada dalam simpanan tak kira di pejabat, rumah ataupun dalam kereta. Bila perlu terus ambil dan guna. Amat membantu. Baunya pun menarik ....
Selalu jadi penyelamat bila tiba-tiba diperlukan. Lain kali makan kena ingat-ingat...hehe
11 Comments
salam dari bloggerutara..masa makan tak ingat he he he..nasib baik ada minyak cap yuyeee
ReplyDeletehehe...makan time lapar selalu terlebih sumbat...
Deletesaya guna miyak kayu putih bau pun okay la juga.. :)
ReplyDeleteBlogwalking sini, jemput singgah baca artikle ini ye
Faktor Trafik Blog Turun site...
macam-macam minyak ada....mana yang sempat capai je la
Deletesy panggil minyak baby...sebab bau dy mcm bby...hikhik
ReplyDeletebiasanya baby la yang guna minyak ni kan
DeleteMujur ada penyelamat
ReplyDeleteow, ingatkan utk baby je boleh pakai minyak yu yee ni..
ReplyDeletekalau dah terdesak...semua boleh je timm
Deletesaya selalu guna minyak bam yang abah saya beli kat kedah je. tapi tak tahu apa nama minyak tu sebab dia tulis tulisan thailand hahaha. tapi ramai cakap yu yee okay. nanti nak try lah :P
ReplyDeletecuba dulu baru tau...he
Delete