Bling Bling Di Hari Istimewa
Koleksi Jahitan Manik
Assalamualaikum wbt. Belek-belek entry lama, terjumpa koleksi jahitan manik yang menjadi kegilaan di suatu ketika dahulu. Betul, jahitan manik ni lah mula asalnya akak terjerumus sebagai blogger. Masa tu bukan main seronok lagi bila dapat tempahan. Dapat tidur dua tiga jam sehari pun boleh jadi bertenaga. Nak jahit manik ni kena jadi kreatif. Kena fikir lain daripada orang lain supaya hasil yang kita buat nampak unik.
Tapi sejak dah maidless 4 tahun lepas, minat ni dah berkubur. Tak sempat dikkkk.....tak terkejar dah. Ada je yang bertanya, tapi akak ambil satu tempahan setahun pun susah nak siapkan. Yang hantar tu memang kena betul-betul sabar menunggu la. Tempahan pun daripada yang memang dah biasa hantar selepas berjaya memujuk hati akak yang keras ni.
Koleksi Jahitan Manik Simple
Akak kongsikan sebahagian koleksi akak satu ketika dulu. Koleksi yang simple-simple aje. Manalah tahu ada yang teringin nak bling bling di hari raya nanti. Koleksi ni semua tak letak watermark tapi memang hasil jahitan akak sendiri. Sekarang ni banyak yang share tutorial untuk jahitan manik simple. Kena rajin google jer...
Bila tengok semula, tak sangka akak pernah hasilkan sebanyak ini jahitan dalam masa kurang daripada sebulan. Semua ni tempahan sebelum raya. Kebanyakannya untuk di blingkan di hujung lengan. Tempahan semua melalui post, yang by hand sampai malam raya pun dok pulun buat. Bestnya kalau dapat aktif semula...
7 Comments
cantik2 lah.. berkenan nak buat kat baju sendiri.
ReplyDeletecuba la kak yan....sesekali berbling2..
ReplyDeleteuwaaaaaaaa santikk ..
ReplyDeletenieza takde masa la nak jahit cantik2, baju anak2 jahit simple2 jerk ... baju sendiri pun tak sempat huhuhu
Rajinnya kak azi... Teruskan lah mana tahu boleh tambah pendapatan
ReplyDeletedah lama tinggalkan arz...kalau rajin memang boleh sangat tambah pendapatan
Deletehusna pon jenis suka jgk hias2 manik kat lengan baju tu tp semuanya simple2 jelaa.. hihihi..
ReplyDeletesuka tgk yg manik bersepah2 tu..:D
mudah je nak buat sebenarnya..tapi kena RAJIN..hehe..akak dah tak rajin
Delete