Assalamualaikum wbt. Sekarang ni kalau korang tanya mana-mana rakan tentang reunion, mesti ramai yang boleh cerita daripada A-Z perihal reunion. Samada yang telah dihadiri ataupun yang masih dalam perancangan.  Macam-macam aktiviti yang dirancang masa sesi perjumpaan ni, daripada yang melibatkan anak-anak, diri sendiri mahupun pasangan dan keluarga. Antara yang popular ialah makan malam dan aktiviti berbowling.  Baru-baru ni,bukan aktiviti reunion tapi berbowling dengan rakan-rakan baru team PIBG sekolah anak akak. 

Berbowling Bersama Rakan PIBG Sekolah


Akak ni bukanlah aktif sangat dalam group PIBG sekolah ni. Sekadar join-join gitu aje. Bila tiba panggilan mesyuarat memang malas nak hadir, kalau hadir nanti rasa nak bercakap, bila bercakap banyak nanti adalah pulak yang mencalonkan jadi ahli jawatan kuasa, jadinya cukuplah sekadar ambil tahu. Tiga orang anak bersekolah, ada tiga group PIBG yang kami ambil tahu.  Antara ketiganya, group sekolah Irfan lah yang agak aktif. Macam-macam aktiviti yang dirancang dan diadakan dengan tujuan  merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru. Bila ibubapa dan guru-guru akrab, mudahkan nak mendapat kata sepakat. Haaaa....gitu...

Berbowling Bersama Rakan PIBG Sekolah

Geng amatur, guna kasut sewa aje lah.

Mulanya malas nak join tapi entah kenapa en hubby bertukar fikiran, maka turut sertalah kami berdua. Program diadakan pada 2 Mei yang lepas sempena cuti Hari Buruh di Ole Ole SuperBowl Kulim. Abang Irfan pun dapat join jugak sebab ada yang tidak dapat menghadirkan diri disaat-saat akhir. Main free!! 

Dah lama tak baling bola bowling ni.  Tips dan skill pun dah ingat-ingat lupa. Leka tengok bola ke longkang ajer. Selebihnya dok bersembang dengan kawan-kawan baru. Mujurlah pemain-pemain yang datang tu kebanyakannya peringkat amatur aje. Cepatlah sikit habis walaupun kena main sampai tiga games. Habis sakit rasa tangan.

Berbowling Bersama Rakan PIBG Sekolah


Dalam bola ke longkang pun akak dan hubby dok dalam top 10 kategori masing-masing tau. 

Berbowling Bersama Rakan PIBG Sekolah

Antara yang menghadirkan diri.  Ada antaranya tak pernah bersua mungkin hanya bersapa di dalam group wasap sahaja.  Bila berjumpa tu rasa macam dah kenal lama. Terima kasih atas perkongsian gambar-gambar menarik ini.

1 Comments

  1. bestnyaaa main bowling.. lama x main =)
    kalo skali main mau tegeliat tgn.. x practice lama..

    btw CT dah add akak dlm bloglist blog CT.. sudi2kan singgah.. =)

    ReplyDelete