Assalamualaikum wbt

Week end baru ni merupakan hujung minggu yang teramat penat yang aku rasa.  Bermula daripada petang jumaat sampailah sekarang ni, masih bersisa rasa penatnya.  Perjalanan daripada Kulim - Ipoh - Kuala Lumpur - Kulim dalam masa kurang daripada 48 jam.  Macam nilah bila salah seorang bekerja sendiri, hujung minggu memang tumpuan penuh untuk tugas-tugas en hubby.  Kami ni tukang support dan peneman bila keadaan sesuai untuk meneman. 

Sambil bekerja sambil jumpa adik beradik yang sempat. Tambahan pula MIL ada kat rumah kakak ipar di Sungai Buloh, bolehlah jumpa sekali.  Dalam sibuk ke sana ke sini tu sempat jugak si bujang kecik ni buat permintaan.  Entah apa yang difikirkan agaknya dan tiba-tiba teringat, dia tanya kat akak...ibu boleh tak belikan buah hijau ada duri. Hah??? Apakah buahnya...aishhh adik ni permintaan lain sangat nih...

Mujurlah sel-sel otak ni cepat berhubung. Rupa-rupanya adik teringin nak makan durian. Aduhai anak...kat manalah yang kamu tertengok durian ni....hmmm....Minta pulak malam-malam masa on the way nak balik Kulim. So semalam sempatlah ayahnya mencari durian...khas untuk dia ... Sekarang ni durian tengah mahal so tak boleh beli banyak-banyak. Cukuplah untuk santapan si peminat kecik ni, yang lain-lain tak berapa berminat sangat dengan durian. 

Nak makan seulas je pun, siap pesan simpan yang lebih dalam peti ais, esok balik school adik makan.....alahai anak ......tapi suka cara dia diskripsikan benda yang dia nak tapi tak tahu nama. Macam main teka-teka pulak!!

adik nak buah hijau ada duri, buah durian,musang king

Lepas ni adalah kawan ayah nak makan durian....

4 Comments

  1. Dik Wan, buah tu namanya doyan. Kat taman kemuning hari tu nampak ada jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dapat ada jual depan taman sejahtera

      Delete
  2. hehehe.. dulu anak saya panggil buah ni buah rambutan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...macam-macam nama baru anak-anak bagi.

      Delete