Assalamualaikum wbt


Keputusan peperiksaan SPM 2015

Dah sedia ke semua yang nak ambil keputusan hari ni?  Akak tahu bukan sahaja adik-adik yang nak dapat result yang berdebar-debar, mak ayah malah seluruh keluarga pun berdebar-debar serba tak kena selagi keputusan belum ada di tangan.  Sabar yer..lepas jam 10 pagi nanti boleh lah pegang slip keputusan masing-masing.


semakan keputusan peperiksaan SPM 2015, semakan sms
gambar google


Teringat masa akak dapat keputusan dulu.  Macam-macam riak muka ada..suka..gembira...sedih...sugul....muka takde perasaan apa-apapun ada juga. Tapi yang penting korang dah berusaha. Sebanyak mana yang korang usaha, banyak tulah yang korang dapat. Akak selalu bagitahu kat anak-anak akak, kalau usaha setakat N janganlah harap nak dapat result yang hebat. Kenalah usaha sampai Z atau lebih sekurang-kurangnya kalau tidak cemerlang dapat jugak keputusan yang baik.

Lepas dapat result nanti, kenalah buat perancangan yang baik untuk terus belajar. Tak kira samada korang nak sambung ke tingkatan 6, buat diploma, masuk matriks, IPTA, politeknik dan bagi yang ada kemampuan boleh juga ke IPTS. Teruskan untuk menuntut ilmu. 

Untuk memudahkan semakan keputusan peperiksaan SPM ini, boleh jugak menyemak melalui sms, mudah dan cepat. Secara online pun boleh. 

Cara Semak Keputusan SPM 2015 Melalui SMS

semakan keputusan peperiksaan SPM 2015, semakan sms



Taip SMS(jarak)No Kad Pengenalan(jarak)No Angka Giliran dan hantar ke 15888

Contoh :

SPM 970104045443 KD005A011 dan hantar ke 15888

Bila Nak Semak Keputusan SPM?

Untuk semakan melalui SMS ataupun online, calon-calon boleh mula hantar SMS selepas jam 10 pagi. Pihak sekolah juga telah maklumkan yang keputusan boleh diambil selepas jam 10 pagi.

Akak pulak rasa berdebar tunggu pengumuman. Debaran untuk lihat prestasi sekolah anak-anak. 

Tahniah yer adik-adik semua!!












1 Comments