Assalamualaikum wbt

Slow update 2,3 hari ni. Weekend sedia maklum memang tak mengadap sangat blog. Angan-angan nak buat schedule entry hujung minggu pun belum terlaksana.  Idea selalu jem, cukup untuk schedule hari-hari kerja ajer. Sabtu ari tu beriya-iya nak mengarang, tetiba gangguan si kecik pulak.  Adik Wan start demam panas package dengan batuk.  2 malam jugaklah akak tidur-tidur jaga.....mengantukkkk...

Tapi hari ni pagi-pagi dah jem.  Banyak sangat benda nak kena hadap. Masa lunch ni baru boleh jengok masuk sini, tupun sebab hari ni akak puasa. Kalau tak dah tentu akak tengah mengadap rezeki di tengahari.  

Pagi-pagi dah mengadap jem sebelum menyeberang jambatan Pulau Pinang.  Mengadap 2jam lebih sesi video conference, sebab berkait sangat dengan tugas baru akak sampai, kalau kena sipi-sipi jer memang tak de lah akak nak pergi.  Sampai balik ofis, dah dekat jam 12. Bersusun lagi email nak kena jawap. 

Tau-tau dah pukul 1 tengahari. Patut kepala pusing, mata layu. Buka blog kejap, nak update apa?...Tulis je la....

Kejap lagi naik surau, solat. Lepas tu, mengadap bilik meeting pulak. Harap-harap habis awal.  Ada beberapa benda lagi yang aku kena buat sebelum balik petang nanti. Harap sempat selesaikan sebelum bertambah kerja lagi esok.

Hari ni tak boleh balik lambat, petang nanti nak kena hantar kakak tuition pulak. Malam nak kena buat revision dengan anak-anak sebab sekarang tengah ujian 1 kedua-duanya. Nak kena selit masa untuk makan sekali. Tak pasti lagi nak masak atau makan kat kedai..tengok mood!!

Fuhh....harap-harap dapat tidor sebelum jam berbunyi 12 kali malam nanti.

Ehhh....panjang dah update..... 

3 Comments

  1. saya pun dah jem kepala otak ni

    ReplyDelete
  2. Rutin yang hampir sama.. terutama pada waktu selepas balik kerja tu.. hari2 berdoa.. moga dapatlah tidur sebelum tengah malam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah selagi ada kudrat ..kita buat yang terbaik untuk family.

      Delete