Bos!! Saya Nak Cuti
Assalamualaikum wbt
Akhirnya baru hari ni akak sempat jawap dan blogwalking kat semua yang dah tinggalkan komen kat entry akak. Disebabkan connection kat tempat akak ni kejap ada kejap hilang, boleh lah akak layan blog sekejap. Terima kasih pada yang sudi melawat blog akak yang tak seberapa ni. Kadang update tak putus-putus, kekadang lama tunggu baru ada entry baru. Bila senyap tu maknanya tengah mencari idea yang hilang.....
Bila dah hari-hari kerja tak henti-henti, ada satu ketika tu kita akan rasa kita perlukan rehat. Bukan setakat rehat hujung minggu, sebab hujung minggu pun kita kalut kerja kat rumah, rehat yang agak lama sedikit. Bersesuaian dengan cuti sekolah yang nak menjelang tiba beberapa hari lagi ni, akak pun nak bercuti dengan anak-anak. Bercuti kat rumah tanpa ingat kerja ofis, off semua connection dengan pejabat...boleh gitu?
Refresh kan balik mental fizikal secukupnya.
Apa plan korang yang ada anak-anak bersekolah? Kawan-kawan pun ada yang dah merangka apa aktiviti yang nak dibuat dengan anak-anak. Cuti seminggu jer, jadi tak perlu plan yang hebat-hebat, cukup sekadar dapat spend betul-betul masa dengan anak-anak.
Akak dan hubby memang suka buat plan adhoc. Yang penting cuti dah apply dan diluluskan, anak-anak semua ada depan mata. Bila terlintas satu idea, rasa sesuai untuk dilaksanakan, budget mencukupi, jadual mengizinkan....buat sajer....
So kalau minggu depan, akak hilang lama tu maknanya akak tengah bercuti tu...
9 Comments
wah bercuti ek? kemana je.. dlm ke luar negeri
ReplyDeletebercuti kat rumah saje ciklily putih
DeleteDapat bercuti bersama keluarga memang best. Jemput singgah ke blog saya :-)
ReplyDeletenanti saya singgah blog muslimah optimis
Deletenak ikut tttttt hehehe
ReplyDeletejom...jom...
DeleteInsyaAllah kami ke Pulau Pangkor cuti sekolah kali ni.. dah lama tak ke pulau-pulau.. :)
ReplyDeletebestnya pergi pulau...tp bertabahlah cuaca panas-panas ni...
Deleteseronoknya cuti
ReplyDelete