Assalamualaikum wbt

Cuti sekolah dah pun berakhir. Anak-anak dah kembali meneruskan sesi persekolahan. Walaupun cuaca memang panas sesangat terutama di sebelah utara ni. Ada ura-ura mengatakan sekolah akan tutup sekiranya suhu mencecah 39C di Perlis dan Kedah. Harap-harap cuaca begini tidaklah sampai tutup sekolah. Kesian anak-anak dan guru-guru, walaupun seronok bercuti tetapi nanti ketinggalan pula berbanding dengan kawan-kawan di negeri lain.

Tahun ni akak memang dah plan sekiranya tiada apa-apa halangan, cuti tahunan akak akan lebih diperuntukkan semasa cuti sekolah. Baru puas dapat buat macam-macam aktiviti dengan anak-anak.

Minggu lepas, berkesempatan membawa anak-anak menonton Boboiboy The Movie. Setelah tak tahan dah dengar pertanyaan adik wan bila nak tengok boboiboy. Letih mak nak nak jawap!! Boleh dikatakan setiap jam bertanya. Akak sebenarnya tak pernah bawa adik wan masuk panggung, takut dia jemu. Kalau kat rumah pun tengok tv, boleh tahan 5 minit lepas tu dia mula ke sana ke sini, lepas tu duduk balik. Tawakkal je la, abang dan kakak ada boleh tengok sama.

boboiboy the movie


Akak beli tiket kul 8 malam. Saje pilih malam, tak kalut sangat. Pukul 7 pm bergerak daripada rumah, sampai ke Sunway Carnival Seberang Jaya jam 730, sempat solat maghrib dulu, terus masuk panggung. Tips untuk menjimatkan RM bila bawa anak-anak, set masa betul-betul, terus ke tempat tujuan.

En hubby ikut sekejap saja sebab ada kerja yang perlu dibuat. Masuk jugaklah panggung teman adik wan sekejap...tapi akak bayar tiket penuh hehe...

boboiboy the movie


Haha....tepat pandangan pada skrin tak berkelip. Teruja kot dengan skrin besar dan sistem audio yang kuat. Memang adik wan memberi tumpuan penuh pada cerita ni. Siap boleh ikut menyanyi lagu boboiboy lagi dalam gelap-gelap tu. Nasib baik gelap, tak siapa yang tahu gerangan empunye suara....dah namapun anak-anak....takkan nak marah kan..kan....

Okay lah cerita ni, untuk budak-budak memang depa enjoy lah menontonnya. Akak pun layan juga walaupun jarang-jarang sekali tengok kat tv. Anak-anak dah besar-besar nilah baru akak bawa diaorang ni masuk panggung. Lepas ni boleh lah jadikan salah satu aktiviti musim cuti sekolah....

Abis cerita, ingatkan nak balik terus, sangkut pulak dengan benda ni....

boboiboy the movie


Hailah adik....dah tengok boboiboy, awak paw pulak ultraman ni...huhuhu...

4 Comments

  1. seronoknye anak2 kan... xdan nak p tgk lg...

    ReplyDelete
  2. saya pun dah bawak anak-anak tgk boboiboy... dorang suka sangat.. hihi..

    ReplyDelete
  3. Haah. Mmg best boboiboy ni... Anak anak cikla pun suka.... Tp first time diaorg masuk panggung mmg kelakar. Muka masing masing sgt hairan... Hihi

    ReplyDelete
  4. ramainya geng ultraman. Boleh kawan dengan abang ammar.

    ReplyDelete