Assalamualaikum wbt


Untuk adik-adik yang baru dapat keputusan SPM dan STPM..apa langkah seterusnya? Dah ada plan ? Mungkin ada yang nak sambung belajar. Ada jugak yang nak cari kerja tapi kalau korang kerja pun jangan tak sambung study. Ada ramai yang belajar sambil bekerja. Cuba raih setinggi mana kelulusan yang korang mampu.  

Ada banyak pilihan yang boleh adik-adik buat. Kalau masih teraba-raba, meh ni ada serba sedikit bantuan.  Yang penting korang jangan sia-siakan peluang yang korang ada untuk terus belajar. Jangan jadikan kewangan salah satu sebab tak boleh nak lanjutkan pelajaran.  Ada banyak peluang pinjaman dan biasiswa yang boleh dimohon bergantung kepada keputusan yang diperolehi. 


Apa nak buat lepas ni? lepas result SPM, sambung belajar, biasiswa

Masih belum terlambat untuk memohon.  Kalau masih keliru, dapatkan nasihat daripada guru-guru atau pun senior-senior yang ada.

Apa nak buat lepas ni? lepas result SPM, sambung belajar, biasiswa


Apa nak buat lepas ni? lepas result SPM, sambung belajar, biasiswa



Apa nak buat lepas ni? lepas result SPM, sambung belajar, biasiswa

Antara yang masih boleh dikongsikan sekiranya ada yang berminat.  Teringat masa sibuk isi borang-borang permohonan sambung belajar dulu.  Masa tu tak fikirkan pasal kewangan pun, yang penting kena dapatkan tempat dahulu. Bila dah dapat tempat baru fikirkan pasal duit.  Nak mohon pinjaman, biasiswa, buat muka tebal jugak sebab nak cari penjamin. Bila dah dapat penjamin tu kenalah `yakin boleh'. Akak dulu dapat pinjaman boleh ubah, mujur dengan keputusan akhir yang diperolehi meyakinkan untuk ditukarkan kepada biasiswa. Alhamdulillah...

Adik-adik, jangan fikir lama-lama tau....







4 Comments

  1. Yg penting jgn putus asa kan kak azi

    ReplyDelete
  2. dulu tak banyak sangat kemudahan untuk tajaan...
    terpaksa ambil PTPTN...
    yang penting hutang tetap kena bayar sebab dah pinjam...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena bayar sebb nanti adik-adik yang seterusnya nak buat pinjaman pulak

      Delete