Assalamualaikum wbt

Hujung minggu ni penuh dengan aktiviti.  Terbatas lagi masa nak kemas rumah. Hari Sabtu dah sibuk sampai petang di sekolah abang irfan dengan aktiviti sukan dan proses sarang kelulut. Hari Ahad, kakak-kakak dah sekolah.  Macam tu la bila cuti hujung minggu ibu dan anak tak sama. Hari Sabtu lah hari yang betul-betul akak cuba penuhkan dengan aktiviti bersama anak-anak. 

Biasanya hujung minggu ada menu special sikit tapi kali ni yang ringkas, mudah dan cepat disediakan sahaja. Mengejar masa...

hujung minggu yang ringkas, menu ringkas


Sabtu pagi, akak buat nasi lemak, sambal bilis dan ayam goreng berempah.  Buat lebih sebab plan nak lunch dengan abang irfan di sekolah selepas aktiviti sukan.  Bahan-bahan semua dah sedia ada kat rumah so taklah kalut sangat.  Sambal buat lebih, sambung makan malam sekali.  Ayam tu tak berapa nak berempah. Kali ni takde telur rebus sebab stok telur dah abis...hahaha....

Ahadnya pula, akak menghabiskan stok ikan pari yang masih berbaki dalam freezer. Ikan pari ni kena pandai beli, silap pilih dapat isi yang keras. Biasanya kerja memilih di En hubby yang buat.  Pari bakar simple sajer. Gaulkan dengan kunyit, garam, cili mesin, sedikit gula dan asam jawa. Balut dengan daun pisang.

hujung minggu yang ringkas, menu ringkas

hujung minggu yang ringkas, menu ringkas



Yang best bila buat ikan bakar, en hubby mesti padankan dengan air asam. Yang menarik air asam hasil tangan en hubby ni ialah akan dimasukkan sekali dengan hirisan-hirisan limau nipis. Kegemaran akak tu!!! Bila kunyah dia ada rasa sedikit pahit dan masam. Fuhhh...meleleh ayaq lioq...kata orang utara!! Air asam ni pun biasanya akan buat lebih, kalau tak habis, boleh rebus telur dan masukkan dalam air asam tu....pun sedap!!!

Itulah menu mudah bila nak cepat.  Pada yang mencari-cari apa nak masak hari ni, boleh lah cuba...

6 Comments

  1. kecur air liur dah ni...fav SA tu kak...ikan pari bakar..akak ajar la cane nak pilih ikan pari yang x keras...

    ReplyDelete
  2. mcm sedap jer ikan bakar tu kak azi..nnti nak try la resepi akktu.hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya pari cicah air asam...telan air lior jap.

    ReplyDelete