Perancangan dan Persediaan
Assalamualaikum wbt
Bila dah habis waktu pejabat, kepala mula ligat menyusun aktiviti seterusnya. Plan nak masak apa dah siap dalam kepala. Bahan mentah dah dikeluarkan dari freezer. Begini lah perancangan ibu-ibu bekerja kan.
Sejak barang-barang naik harga, kena lah lebih berjimat cermat. Kenalah rajin masak kat rumah. Penat ke letih ke..kena tolak tepi. Biasanya hari kerja akak sediakan yang mudah-mudah ajer untuk makan malam. Banyak jimatnya kalau masak sendiri ni. Makanan pun lebih fresh. Puashati bila tengok anak-anak makan.
Bila dah jarang makan diluar, boleh juga berjimat sedikit. Isi semula tabung-tabung yang kosong. Tabung berjalan, tabung sekolah, tabung masa depan....semua nak kena isi semula...buka buku baru. Nanti hujung tahun kita tengok apa aktiviti yang boleh kita buat untuk tabung-tabung tersebut. Kalau takpun simpan ajer.....
Tabungan di pejabat tahun lepas. Tahun ni buka tabung baru, yang ni boleh simpan. Tak banyak tak apa, nanti kumpul-kumpul bertambahlah kan.....
2 Comments
umi pun penat2 kerja masak dekat rumah juga. kita sekadar menolong sbb adik2 lagi suka umi masak. cis hahaha
ReplyDeleteBila mak ada...dah tentu lah masakan bonda yang jadi pilihan...hehe
Delete