Nostalgia Sekolah Rendah
Assalamualaikum wbt
Baru-baru ni akak bertemu kembali dengan rakan-rakan di sekolah rendah. Bayangkan setelah hampir lebih 30 tahun tidak mendengar khabar tiba-tiba seorang demi seorang muncul. Antara kebaikan menggunakan media sosial..rakan lama bertemu semula.
Akak ni bukanlah kategori nakal mahupun bukan juga ulat buku semasa sekolah. Biasa-biasa ajer. Akak tak banyak cakap tapi banyak memerhati, tabiat dari dulu sampai sekarang. Pertemuan semula mengingatkan kisah-kisah di zaman anak-anak, macam-macam cerita yang masing-masing keluarkan. Betapa seronoknya masa itu, tiada gadget, tiada tv, tiada komputer...yang ada hanyalah anak-anak yang mereka pelbagai mainan untuk mengisi masa luang di hujung minggu, di waktu rehat mahupun ketika menghadiri kelas agama petang.
Gambar kelas yang masih tersimpan. Waktu ni darjah 5. Bergambar bersama guru besar dan guru kelas. Al-fatihah untuk arwah gurubesar kami, moga ditempatkan di kalangan mereka yang baik-baik disisiNYA.
Siapa lagi kalau bukan kami yang berebut-rebut tiang bangunan sekolah setiap kali ada aktiviti kegiatan petang. Kami jugalah yang berlari bermain galah panjang di ruang terbuka belakang sekolah, tidak kira lagi usik mengusik antara satu sama lain. Masing-masing mula post gambar-gambar lama yang masih dalam simpanan. Puas ketawa mengekek-ngekek bila tengok gambar-gambar lama. Di sebalik gambar ada cerita masing-masing. Setiap kami ada nama gelaran masing-masing.
Masa sekolah rendah, akak bersekolah di dalam kawasan kem komando di Melaka. Akak ikut ayah yang mengajar di sekolah itu. Majoriti dalam kelas memang anak-anak komando yang lasak tak mengira masa.
Masa sekolah rendah, akak bersekolah di dalam kawasan kem komando di Melaka. Akak ikut ayah yang mengajar di sekolah itu. Majoriti dalam kelas memang anak-anak komando yang lasak tak mengira masa.
Seronok bila bercerita kisah kanak-kanak....moga ukhwah kami berpanjangan, ada rezeki perjumpaan mula diatur tak lama lagi....
4 Comments
azie samalah, ana pun balik kampung hari tu berjumpa semula kawan-kawan sekolah rendah, ada yang last jumpa ketika darjah enam, bayangkan punya lah lama kan ;)
ReplyDeletemajoriti dah berubah. Ada yang malu-malu pulak nak berjumpa ..hehe
Deletemasa sekolah adalah masa yang paling best.
ReplyDeleteRasanya main aje, belajar adalah sekejap, tapi banyak main dari belajar. Main galah panjang, berebut tiang dan macam - macam lagi. belum lagi sementara tunggu bas sekolah, pergi beli jajan ramai-ramai. Best betul time sekolah dulu
6 golongan yang perlukan Meal Shakes
Budak-budak sekarang jarang dah melalui `keseronokan' zaman anak-anak sekolah rendah...
Delete