Bergaya Anggun dan Ringkas Bersama Sugarscarf
Sugarscraft
Assalamualaikum wbt
Akak bukanlah seorang penggemar fesyen yang setia seperti kawan-kawan yang lain.
Jika hendak dibandingkan dengan mereka akak tidak berapa tahu tentang trend
fesyen Muslimah terkini yang sedang hangat dalam pasaran. Malah akak tidak
sentiasa keep updated dengan trend fesyen terkini popular seperti mereka. Namun
beberapa minggu yang lalu, apabila mengemas almari pakaian di rumah I found out
I actually need new hijab.
Tak ingat pulak bila kali terakhir akak beli tudung baru. Daripada situ
akak minta pertolongan beberapa rakan yang terdekat dan mereka telah berikan
bermacam-macam pendapat untuk akak. Daripada senarai jenama fesyen Muslimah
terkini popular yang mereka berikan akak agak tertarik dengan jenama
Sugarscarf.
Google sana sini tentanng brand ni dan terus-terang, akak terus jatuh cinta right away! Koleksi tudung terkini wanita Sugarscarf menawarkan pelbagai produk hijab
terkini yang sangat menarik untuk dipilih. Apa yang lebih best tentang
Sugarscarf ialah mereka menghasilkan tudung moden untuk wanita dengan variasi
rekaan yang pada pendapat akak sangat segar dan menawan yang mana ianya sangat
bersesuaian dengan trend fesyen Muslimah semasa.
Sejujurnya
akak juga agak cerewet dalam memilih tudung. Ini kerana tidak banyak jenama
tudung yang berpatutan menawarkan kualiti yang akak cari. Namun pencarian itu
berakhir dengan jenama hebat ini. Akak dapati antara faktor yang membuatkan
mereka sangat popular dalam kalangan wanita yang memakai hijab di Malaysia
adalah kerana mereka tidak pernah gagal dalam menghasilkan tudung yang
berkualiti. Koleksi tudung terbaru wanita mereka adalah bukti bahawa mereka
sentiasa berusaha untuk menawarkan produk fesyen Muslimah yang terbaik untuk
pelanggan. Jika disebut tentang harga pula akak teramatlah berpuas hati kerana
harga tudung Sugarscarf adalah yang terbaik dalam pasaran di Malaysia kerana
kualiti yang ditawarkan juga adalah sangat baik.
Jom kita lihat tiga gaya padanan
tudung Sugarscarf wanita terkini bersama pakaian Muslimah kegemaran akak.
2 Comments
dah lama intai-intai Sugarscarf ni tapi tak pernah shopping lagi...
ReplyDeletehehehehehehe
baru nak try try..
Delete