Keputusan peperiksaan UPSR

Assalamualaikum wbt

Kepada calon-calon UPSR 2015 pastinya sedang berdebar-debar menunggu keputusan UPSR yang bakal diumumkan esok.  Macam-macam rasa ada sekarang ni, bukan sahaja pada calon peperiksaan malah ibubapa juga merasakannya. Pengalaman menunggu keputusan peperiksaan anak-anak diumumkan memang tak boleh dilupakan. Walaupun gerak hati boleh menjangka, tapi selagi tak tengok atas kertas memang dup dap dup dap ajer...

keputusan UPSR 2015,  semakan sms


Cara mudah untuk membuat semakan ialah melalui SMS atau pun online sahaja.
Apa yang perlu dibuat untuk semakan SMS :

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh : UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Kalau tak puashati dengan keputusan yang keluar nanti, boleh buat rayuan semula. Proses rayuan semula boleh tengok RAYUAN SEMULA UPSR

Semoga anak-anak mendapat keputusan cemerlang!!




0 Comments