Nasi Arab di Al Haura Arabic Kopitiam
Jalan-jalan cari makan
Assalamualaikum wbt
Asal petang jer mesti nak fikir, apa nak makan untuk malam nanti. Lepas tu, bila hari jumaat jer, mula terfikir apa aktiviti menarik nak buat week end ni nanti. Biasa tu kan untuk para ibu sekelian?
Kalau korang ke utara atau lebih tepat berada di Sungai Petani, korang boleh lah menyinggah kat kedai Al Haura Arabic Kopitiam untuk menikmati hidangan masakan arab. Sesekali layan ya habibi la pulak kan...
Aku dan hubby sempat singgah kat kedai ni rabu lepas. Kami bertiga ajer dengan adik Wan,yang lain-lain tak nak ikut. Lagipun ada kerja yang nak diuruskan sebab tu anak-anak lain lebih suka tinggal kat rumah ajer.
Al Haura Arabic Kopitiam ni terletak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Satu lagi kedai nasi arab di buka di Sungai Petani. Sebelum ni kalau ke SP aku selalu singgah makan di kedai nasi arab yang terletak di Taman Lagenda.
Tak banyak bezanya antara kedai ni dengan kedai-kedai nasi arab yang pernah aku singgah. Jadi pada yang sesekali terasa nak makan nasi arab, kalau kebetulan berada di SP, boleh lah cuba makan di sini. Yang menariknya kat sini, tempat makan dibahagi dua, pelanggan boleh memilih untuk makan di meja makan berkerusi atau boleh juga memilih makan di meja secara bersila. Ikut citarasa masing-masing.
gambar dari fb al haura
gambar dari fb al haura
Anda juga boleh memilih makan dihidang dalam pinggan terus atau dalam talam. Ada beberapa set hidangan talam yang boleh anda pilih. Aku suka makan salad yang disediakan tu. Rasanya menarik!!
Ni yang aku pilih. Nasi arab ayam al haura. Boleh makan 2 orang. Aku share dengan adik Wan tapi dia yang makan lebih...
Dah jadi trend tempat makan sekarang, ambil gambar customer upload dalam fb. Aku tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak sebab handphone di tangan adik wan. Tu dik wan tengah merajuk sebab baru tumpahkan mangkuk sup.
Pada yang berminat kedai ni dibuka dari 12pm sehingga 11pm setiap hari kecuali hari Isnin. Lokasinya terletak di 32B, Lorong BLM 1/4, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.
2 Comments
aduiiihhh..... sis, sedapnyer nasi arab..... memang dah telan airlir dah ni....
ReplyDeletehehe...kena cuba...tp sekarang ni nasi arab dah mudah didapati.
Delete