Kebaikan lobak merah

Assalamualaikum wbt

Tidak dinafikan, lobak merah memang mempunyai pelbagai kelebihan yang baik untuk kesihatan diri.  Anak-anak memang dari kecil dah didedahkan dengan pengambilan lobak merah ini. Tapi jangan sampai mengambil secara berlebihan.

kebaikan lobak merah, khasiat lobak merah merah
google


Antara kebaikan mengambil lobak merah ialah:

1. Kulit - baik untuk kulit keran mempunyai vitamin A dan antioksidan yang melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra matang dan membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.

2. Mata - kaya dengan vitamin A dan B yang membantu menghasilkan penglihatan yang lebih baik.

3. Kanser - lobak meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.

4. Kolestrol - makan satu lobak setiap hari akan membantu anda mengeluarkan kolestrol yang tidak baik dalam badan.

5. Otak - lobak mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seseorang kanak-kanak.

6. Tekanan - Untuk melegakan dari tekanan, minum segelas jus lobak merah setiap hari.

kebaikan lobak merah, khasiat lobak merah merah
google


7. Jantung sihat - lobak diperkayakan dengan beta karotena, alfa karotena dan lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

8. Membersihkan badan - lobak mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.

9. Antiseptik kuat - sumber mengatakan herba lobak boleh digunakan untuk mencegah penyakit. Ianya boleh digunakan pada luka secara mentah atau dicincang.

10. Anti penuaan - beta karotena yang terdapat dalam lobak merah membantu melambatkan penuaan sel-sel di dalam badan.

Ruginya rasa kalau tak makan lobak merah ni. Tapi aku paling suka kek lobak merah....sedappppp...bila la agaknya nak merajinkan diri buat kek lobak merah ni..

kebaikan lobak merah, khasiat lobak merah merah
google

*terima kasih pada kawan yang berkongsi info ini.


4 Comments

  1. carrot susu dengan carrot cake ain suka...
    makan carrot mentah ain tak pandai walaupun baik utk mata kan... hehehehee..
    sampai tua la pakai spek ni... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa saje yang ada carrot semua kak zi bedal hehe

      Delete