Kumon trial class

Assalamualaikum wbt

Salah satu yang aku dan hubby fikir masa anak-anak menjangkau usia 4 tahun adalah sekolah dan  persediaan.  Kami berdua bekerja ofis hour. Bermakna masa untuk bersama-sama menimba ilmu dengan anak-anak adalah terhad. Kami nak anak-anak kami boleh bergerak sendiri dengan relahati tanpa paksaan, mengulangkaji dan membuat latihan yang dibekalkan. Yup...kami perlukan sesuatu yang boleh mendisiplinkan anak-anak dalam menimba ilmu.

Kami yakin sekiranya kami dapat bentuk irfan berdisiplin dalam belajar, in sya Allah adik-adik yang lain akan mengikut. Cari punye cari, pilih punye pilih, akhirnya kami memilih Kumon sebagai pemangkin untuk anak-anak. Kenapa Kumon?

Korang kena pergi dan dapatkan penjelasan lanjut di mana-mana center Kumon yang ada. Kami pilih Kumon sebab belajar cara berdisiplin. Disiplin yang macamana? Disiplin dalam membuat latihan tanpa disuruh.

Di Kumon korang boleh pilih samada nak subjek math atau English. Aku pilih Math. Irfan mula lewat sedikit, ketika usia nak masuk 8 tahun. Tapi dia berjaya menghabiskan kesemua silibus pada akhir usia 12 tahun sebelum masuk ke tingkatan 1. Math Kumon merangkumi silibus daripada sekolah rendah, menengah dan juga pra U. Tapi bukan semua yang diajar di sekolah tu diajar di Kumon. Jangan hantar anak masuk ke kelas ini kalau korang semata-mata nak anak dapat A dalam exam penting. Aku hantar anak-anak ke sini sebab nak mereka berdisiplin dalam belajar. Kalau keputusan cemerlang, itu adalah hadiah tambahan untuk kami.

Pada yang tak tahu macamana proses pembelajaran Kumon, mai akak bagitau serba sedikit. Belajar cara Kumon, takde cikgu di depan yang mengajar, yang ada adalah pelatih atau pembantu di sisi pelajar dan pelajar akan buat latihan sendiri. Setiap pelajar akan diberi worksheet yang mengandungi latihan yang perlu mereka selesaikan pada masa kelas diadakan bersama-sama dengan pengajar di sebelah. Setiap pelajar mungkin tidak sama tahap mereka.  Sebelum itu, pada awal anak-anak mendaftar, aku akan hantar mereka ke kelas percubaan dahulu.  Kelas percubaan ini biasanya diadakan pada November dan Disember setiap tahun. Selepas anak-anak selesai kelas percubaan ini, terpulangkan pada parents samada nak teruskan atau tidak.  

Macam aku kata tadi, jangan mengharap anak-anak akan terus cekap dalam subjek yang diambil dalam tempoh yang singkat. Pembelajaran di Kumon lebih menekankan disiplin pembelajaran dan belajar tanpa paksa. 

Apa yang aku dapat sehingga hari ini?
Banyak.....tapi yang paling aku bersyukur adalah keinginan anak-anak belajar tanpa dipaksa. Memang kalau korang tengok, kesian kat anak-anak ni ....dengan kerja sekolah, latihan berlambak-lambak, kerja-kerja tuition bagi yang menghantar anak-anak ke kelas tuition dan latihan-latihan untuk subjek Kumon yang memang tidak pernah`miss' walaupun sehari tak kira hari sekolah mahupun cuti. Stress tak?...tapi kalau anak-anak tau apa yang perlu mereka buat....percaya lah tiada istilah STRESS!!

Alhamdulillah, ketiga-tiga anak aku setakat ini boleh dikatakan cemerlang dalam pelajaran mereka dengan pemantauan yang minimum.  Bukan bercakap riak...tetapi itulah hasil yang aku dah nampak setakat ini....sekadar berkongsi dengan semua.

Dari segi kewangan, yup diakui memang `sakit' sikit lah. Tapi demi masa depan anak-anak, itulah harta yang kami bekalkan pada anak-anak dari kecil untuk mereka gunakan sebaiknya nanti. 

Pada korang yang ingin mencuba, Kumon sekarang sedang mengadakan kelas-kelas percubaan untuk mereka yang berminat. Korang bayar yuran untuk 1 bulan dan anak-anak akan dapat mengikuti kelas untuk tempoh 1.5 bulan bermakna ada setengah bulan kelas percuma. Waktu kelas, korang boleh pilih ikut kesesuaian masa korang. Subjek yang ditawarkan ialah Matematik dan English. Yuran setiap subjek adalah RM160 bagi anak-anak yang berusia 12 tahun dan ke bawah, manakala RM170 bagi anak-anak yang berusia 13 tahun ke atas. 

Kumon year end special promotion

Berapa lama masa yang diperlukan untuk membuat latihan? Hanya 30 minit sehari...tak lama kan? Bila anak-anak semakin cekap mereka akan ambil masa yang lebih pendek untuk selesaikan  setiap worksheet yang diberi.

Kumon year end special promotion

Kumon year end special promotion

Inilah rupa worksheet untuk math. Bila anak-anak dah biasa buat, tengok angka jer dah dapat penyelesaiannya. Sel-sel otak akan sentiasa berhubung secara aktif!!!

Jomlah...apa tunggu lagi!!! Tarikh akhir pendaftaran adalah 6 November 2015 ini.
Entry aku ni tak berbayar pun...tapi aku suka berkongsi dengan kawan-kawan. Benda baik elok kita cuba kan??

0 Comments