Assalamualaikum wbt

3 hari menyepi walaupun berkobar-kobar nak mengupdate sini. Ada ke yang menjenguk masuk? Akak keluar kawasan sebentar, baru balik semalam, tengah mengumpul tenaga minda semula untuk berkongsi kisah apa yang menarik.

Sebelum bergerak panjang...selamat bercuti sekolah pada anak-anak semua dan juga guru-guru, walaupun aku tahu cikgu-cikgu ni masih ramai lagi yang ada tugas-tugas yang perlu diselesaikan. 

cuti sekolah kembali lagi, cuti sekolah hujung tahun, cuti sekolah disember 2015


Menjelang Disember, hujan pun dah mula lebat dibeberapa negeri. Harap masing-masing lebih berhati-hati menjaga diri dan ahli keluarga. Anak-anak pun dah mula bertanya ke mana kita cuti ini?..hahaha...boleh tak tahun ni kita ambil percutian bermalam di rumah sendiri? Tak berkesempatan buat apa-apa plan pun lagi. 

Hujung minggu jalan pun dah mula sesak.....Selamat Bercuti Korang .....

1 Comments