Tudung dan Wanita

Assalamualaikum wbt

Sambil menunggu masa menunaikan solat di surau tadi, terdengar sekumpulan rakan sekerja yang berbicara tentang pemakaian tudung di samping masing-masing cuba menggayakan fesyen terkini. Aku nak kata ketinggalan dengan fesyen, tidak lah juga, mengikuti juga perkembangan fesyen bertudung terkini. Namun begitu, cara yang simple dan ringkas tetap menjadi pilihan. Cuma, biasa mengikutinya sebab anak-anak dara di rumah pun kadang-kadang suka cuba menggayakan mengikut trend remaja sekarang.

Sebagai ibu yang mempunyai anak yang sedang meningkat remaja, memanglah kena prihatin lebih pada pemilihan pemakaian mereka.  Mujur anak-anak tidak cerewet sangat bila ayah ibu yang membuat pilihan. Kalau mereka tak setuju, mereka akan maklumkan dan kami akan tengok semula pilihan mereka.

bergaya tidak salah tapi biar pandai memilih, pemilihan tudung, wanita bertudung,ciri-ciri bertudung



Dalam trend bertudung sekarang, memang macam-macam gaya yang ada. Sampai kadang-kadang aku terfikir...mereka bertudung disebabkan tuntutan syariat atau mengikut fesyen. Allah....moga aku berfikir yang baik-baik sahaja. Sebagai ingatan untuk aku dan rakan-rakan sekelian, biarlah pemakaian tudung kita mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Memakai tudung labuh yang menutupi aurat di bahagian kepala sehingga ke bahagian 
    dada.
2. Memakai tudung yang diperbuat daripada material tebal yang menutupi warna kulit 
    dan rambut dari kelihatan di mana tudung tersebut tidak jarang,tidak nipis atau 
    berlubang-lubang sehingga boleh menampakkan warna kulit atau anggota aurat.
3. Tidak memakai cemara atau bersanggul tinggi.
4. Tidak melampau atau berlebih-lebihan mengubah fungsi tudung dengan pelbagai gaya 
    dan hiasan.

*sumber halaqah.net

bergaya tidak salah tapi biar pandai memilih, pemilihan tudung, wanita


Semoga jadi panduan dalam membuat pilihan.






0 Comments