Apa lagi yang nak NAIK yer?
Assalamulaikum wbt
Satu satu naik yer...lepas minyak...tol ...ni tak lama lagi kenaikan tambang komuter pulak. Walaupun aku tak terasa kenaikan tambang komuter ni tapi kesian kat kawan-kawan yang terlibat. Terasa jugak bebannya tidak dikira dengan harga barang yang terikut-ikut naik juga. Matawang yang dah jadi semakin kecil nilainya. Hari ni dapat gaji...agih sana sini, hasilnya lebihan tak cukup untuk perbelanjaan sebulan. Bayangkan mereka yang berkeluarga besar. Oleh kerana ibu bapa sibuk nak cari rezeki tambahan bagi mencukupkan perbelanjaan bulanan, anak-anak terbiar tidak terpantau. Timbul pulak gejala sosial dan kadar jenayah meningkat. Sana sini dah jadi tak selamat...
Bertabahlah semua mengharungi dugaan demi dugaan.....
0 Comments