Sabar

Assalamualaikum wbt

Sabar itu perlu dalam setiap diri individu dan kita juga mesti pandai menangani tahap kesabaran kita dalam menghadapi sesuatu situasi. Sabar dalam setiap apa juga - dugaan hidup, anak-anak, pekerjaan, persekitaran dan sebagainya.

Motivasi, sabar, sabar itu perlu
gambar google...dpunik.com


Bagaimana nak sabar?

Semuanya datang dari dalam diri kita. Kita sendiri yang kena tahu bagaimana untuk bersabar. Contohnya dalam menangani kerenah anak-anak setiap hari. Lain anak lain kisahnya. Yang kecil dengan keletahnya dan yang meningkat remaja dengan keinginan jiwa remaja mereka. 

Bagi yang bekerja di pejabat, kerenah anggota bawahan, bos dan rakan sekerja juga memerlukan kita pandai untuk bersabar dengan mereka ini. Kalau tak sabar susah pula nak menjalankan tugas. Kena jangan terlalu memberontak atau melawan kata, kelak nanti padahnya pada kita juga. 

Dengan pasangan hidup pun kena banyak bersabar jugak. Kehendak yang berbeza kadang-kadang boleh menimbulkan rasa tidak puashati antara satu sama lain. Maka di situlah perlukan kesabaran. Bukan mudah melayari bahtera rumahtangga kalau masing-masing dengan kepala sendiri. 

Bagi aku, cara paling mudah bila rasa kesabaran semakin tipis, pergilah berwuduk. In sha Allah hati yang panas akan sejuk segera. Rasa marah akan hilang, jiwa akan tenang. Itulah pemangkin paling mujarab untuk meningkatkan kesabaran diri. Kalau berkesempatan, selepas berwuduk, tunaikan solat sunat dan bacalah kitab suci Al-Quran.

In sha Allah apa juga situasi dapat kita hadapi dengan sebaiknya....

0 Comments