Kesihatan dan penjagaan mata

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat bertemankan siaran radio sinar ada membincangkan pasal mata. Baru aku tahu adanya sambutan `World Sight Day' pada setiap 8hb Oktober. 

world sight day, kesihatan dan penjagaan mata, contact lense

Sayangkan mata anda. Aku mula menggunakan cermin mata pada usia 15 tahun. Tapi pakai buka...pakai bila perlu. Biasalah mula-mula rasa macam ada gangguan kat depan mata. Lama-lama power makin bertambah so kenalah pakai berterusan. Lepas abis study dan bila mula kerja, duit ada dalam poket...aku mula gunakan contact lens.

Sampai sekarang dah hampir 18 tahun aku menggunakan contact lense, alhamdulillah. Power pun tak bertambah. Aku tak pernah guna lense yang pelbagai warna tu, pada aku tujuan pakai adalah untuk menjelaskan penglihatan jadi tak perlulah nak tukar-tukar color untuk nampak bergaya. Ada kalangan kawan-kawan yang tak tahupun aku ni rabun...hehe...

Sekarang ni dengan pendedahan anak-anak pada pelbagai jenis gadget elektronik memang boleh mengundangkan masalah rabun ni lebih cepat lagi. Risau jugak sebenarnya. Setakat ni anak-anak yang menggunakan cermin hanya kakak afiah sorang. 

Jagalah mata elok-elok. Bukan sahaja dari segi luaran, jaga juga pemakanan kita. Makanlah makanan yang menyumbang pada kesihatan mata. Makanan yang sesuai adalah yang mengandungi senarai vitamin seperti berikut :

1. Protein - telur, ayam, daging, susu, yoghurt
2. Kalsium - produk soya, hasil teusu, ikan,sotong, walnut, cendawan
3. Vitamin A - minyak ikan, lobah merah, susu, keju, telur, oren
4. Vitamin B - bijirin gandum, ekstrak yis
5. VItamin C - buah-buahan sitrus, tomato, sayuran hijau
6. Vitamin E - minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, sayuran hijau
7. Zink - daging merah, kekacang, sardin, hati, kerang

world sight day, kesihatan dan penjagaan mata, contact lense


Jom sama-sama jaga kesihatan mata!!

0 Comments