Drama Adaptasi

Assalamualaikum wbt

Bila nak masuk hujung-hujung minggu ni, aku suka google dan cari-cari siri-siri drama online yang menarik untuk aku layan sambil rehat-rehatkan badan. Nak pilih drama pun tengok jugak pada pelakonnya. Sekarang ni kan banyak drama adaptasi daripada novel, jadi kalau dah baca novel, boleh lah tau cerita serba sedikit. Lepas tu tengok pulak pemilihan pelakonnya sesuai atau tidak.

Pada peminat-peminat Aaron Aziz, tak lama lagi drama bersiri terbaru lakonan beliau akan disiarkan di astro. Tajuknya Tuan Anas Mikael, adapatasi jugak dari novel terbitan penulisan2U. Novelnya aku tak baca lagi. Hari tu gi kedai buku cari dah habis pulak. Tunggu siaran drama je la. Lakonan AA dan si Zara Zya. Siapa tak kenal si zara ni. Pernah berlakon dalam drama Mr Arrogant dulu. So, boleh agaklah watak yang macamana yang akan dibawa oleh zara ni.


Tuan Anas Mikael- drama adaptasi novel lagi

Tuan Anas Mikael- drama adaptasi novel lagi

Jangan lupa mulai 9 November 2015 nanti, bersiaran dari Isnin-Khamis mulai jam 10.00 malam di Astro Ria

#TuanAnasMikael

0 Comments